Saturday, February 16, 2008
Roti Asas
Lama juga tk menguli roti,semalam saja2 mencuba,setelah melihat blog kak maisya,banyak kak maisya buat roti terpegun habissss..hehehe..tabik spring kat kak maisya,rajin yer menguli roti..sue nie bab nak menguli rasa ok lagi..tp malas yg amat bila time nk tunggu roti naik mengembang,pastu kena perap lg...satu hal lg..yg sebenarnya lambat boleh makan..hehehe,sebab kita nie jenis nak cepat jer..tu senang2 belikan...
ok roti nie sue3 ikut resepi roti asas dari blog kak maisya sumber Roshayati Johari Rnet
RESIPI ASAS ROTI
recipe by Roshayati Johari Rnet
A
350 tepung roti/high protein flour ~ tepung biasa jer
150g tepung halus/superfine flour ~ sue guna tepung self raising flour,superfine xder,kebetulan tepung biasa tk cukup.
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung ~ x letak pun
1 camt bread improver (optional) ~x letak
1 camt bread softener (optional) ~ x letak
4 camt yis kering ~ peket yis 12grm
Gaul bahan di atas sebati
B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat
265g
C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja. ~ sue guna butter saja
Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan
bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar
di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak. ~ sue bakar dengan suhu 165C, api atas dan bawah 30minit
# Buat macam2 jenis dari resepi dan adunan yg sama..
1-Egg-mayo-bun
2-Roti Manis
3-Roti Manis Bercheese.
Atas tu scramble egg + bawang besar + cheese + daun sup/bawang + serbuk lada hitam, mix Vegetable, garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment