Showing posts with label kueh. Show all posts
Showing posts with label kueh. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Kueh Abuk-abuk




Dapat sagu rezeki kawan bagi ...kebetulan lama sangat dah berhajat nk makan kueh abuk-abuk ..tapi versi sendirilah..nak buat camner daun pisang takde..kira reka sendirilah..still oklah dengan bangganya...

klu sebelah utara, abuk-abuk nie@ kueh tepung gomok ..tp kalau kueh abuk2 versi sagu nie belum pernah tengok dan makan...


Sunday, May 25, 2008

Popia Basah Dewi





Tak pasti sama ada percubaan pertama kali , atau pernah buat popia basah sebelum nie..sebab kueh nie bukan pilihan di hati sangat kecuali popia goreng yang di sira dengan sos , ditabur dengan kacang serbuk..Tapi untuk kali ini sue saja2 try..alhamdulilah untuk adunan pertama sehingga ke 4 kali tu agak tebal..lagi pun baru nk belajar biasa dengan skill..so, selepas tu baru ok skit..tklah tebal sangat..sakit jugak ler jari nie 2x buat adunan untuk habiskan inti dan sos...result dia memang best sangat, resipi dari blog kak Maisya , kalau tak silap dari Dewi fnr...sos, sue guna resepi akak Dewi jugak letak kismis..cuma Inti tu ikut jer apa yg ada kt sini, sue tumbuk ikan bilis..ermm boleh tahan.Anak2 pun suka , alamak tak cukup ler pulak.
Yang paling best sekali sudah tentu ler kalau kuali or pan tak melekatkan....yg rasa renyah pun menjadi mudah.






Popia Basah
Recipe posted by Dewi at FNR
Kulit Popiah

Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)

Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulatan dari luar dan dibawa ketengah. lebihan tepung di tarik dan buh balik dlm bancuhan tepung yg dibuat.
-tunggu hingga tepi kulit popia tu mengelupas dari kuali dan tarik keluar susun atas pinggan/ bekas.
-kulit yg dah buat tu balut dgn kain . jgn kasi kering tepi2 dia

Inti Popia
Bahan:
sengkuang dihiris
tauhu diramas
kacang panjang potong halus
taugeh
udang ( ni nak tambah crab fillet, isi ayam pun boleh)
serbuk kunyit
bawang merah-dihiris
kacang tanah-disangai dan dimesin kasar
bawang goreng

Cara:
-kacang panjang dan taugeh celur sekejap dan toskan kering.
-tumis bawang merah hingga wangi
-masukkan udang dan tauhu yg diramas , serta serbuk kunyit kacau rata.
-masukkan sengkuang dan kacau rata hingga sengkuang sedikit layu
-letak atas tapis supaya air sengkuang turun.

Sos cili
Bahan:
500gm cili kering
100 gm kurma/kismis hitam
1 cawan gula

Cara:
cili yg dimesin dan kurma (rendam dulu baru senang mesin) dimasak perlahan2 hingga pekat tambah gula kalau sos terasa terlalu pedas. ikut rasa sendiri lah kalau nak pedas atau kurang pedas ni.
*Sukatan hanya anggaran, depends on byk m ana air yg tercampur masa blend bahan2 ni.. kalau nak pekat cepat dan tak nak tambah gula byk tambahkan kismis / kurma ... cara nie kuah senang pekat. kalau cili pedas kena lah tambah gula.
Cara Menyediakan Popia:

-sapu sos atas kulit
-tabur kacang tanah yg dah di mesin
-letak sayur sengkuang dan juga taugeh & kacang panjang
-tabur bawang goreng
-gulung dan lipat
-nak tambah cili atas pun leh gak tabur lagi kacang untuk lebih umphhh
-sedia untuk di ngap.

Sunday, May 18, 2008

Cream Puff






Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

**..kalau nk buat kaler2...letak selepas masukkan telur..agak2 lah yer..nk 2 warna..bahagikan doh tu.**

INTI
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

**utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad

Saturday, May 10, 2008

Serimuka Delima




Dah lama nak mencuba resepi Serimuka Delima nie..first tengok ada sagu dalam tu..yerlah nk berpagai2 sagu nie..kalau asyik makan kueh sagu jer, sure tk best juga bila ada resepi nie nampak menarik tambahan serimuka tu sedap juga sekali sekala makan dengan real pulut..selalunya sue buat guna beras Luq-luq jerk...Thnk Kak ziela yang kirim pulut dan sagu untuk sue.


Serimuka Delima.....resepi asal dari AziemasSerimuka Delima

Bahan-bahan ( 24 cm x 2inci )

* (A) 250 gm beras pulut - direndam 4 jam @ semalaman
* 150 ml santan pekat
* 150 ml air
* 1 sudu teh garam
* 5 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
* (B) 150 gm gula kastor
* 50 gm tepung kastad
* 200 ml santan pekat
* 200 ml air
* 2 biji telur - size A : dipukul rata
* Sedikit esen vanilla
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
2. Masukkan garam - gaul rata
3. Tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
4. Setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
5. Tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
6. Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
7. Masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
8. Tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
9. Kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
10. Dh pun siap..tp tunggu kuih benar2 sejuk br dipotong

** Rasa2nya sue kena kurang kan air seeekit lepas nie**

Friday, May 9, 2008

Kueh Sagu



Nikmatnya bila sampai ke tekak , apa tidaknya dah lama teringan sangat nak makan..akhirnya di makhbulkan doa..tak terminta pun..tetiba saja ada dalam senarai kak ziela..tima kasih akak..
Tak sure plak resipi saper..tp senang saja..yang penting didihkan air gula baru sagu..nanti baru masak sekata semua biji2 sagu itu..jangan lupa jirus sekejap dan tos. Ok..selamat menjamu..

Monday, February 11, 2008

Serikaya



Serikaya @ serimuka, dah lama aim masa tengok kat FnR..nak buat berombak2 macam forumer hairanaz ..senang skit ,bukan apa..tk payah bersusah menunggu pengukus nak lap2 kukus bagai...now biar dia berombak dan berkedut pun tak malu dah..kira fesyen baru ler..tp yang masaalahnya bila tunggu berkedut berombak..tk nak plak dia kedut2....bukan salah resepi yer..
maybe soulha nak safe telur,kononnya takut hanyir sngt...tp mmg wajib penggunaan telur banyak dalam resepi nie ,kurangkan tepung..kalau nak berombak2 or kedut..api pun kena besar.

Malas nak tulis lain copy paste jer by hairanaz forum cari.com.my



SERI KAYA

Bahan A :
1/2 ketul gula melaka (dicincang2 kasar)
1/4 cawan air (ni akak agak2 jer...actually pakai skit jer...)
satu sudu besar tepung jagung (tader tepung jagung,tepung gandum pon bulih)
sehelai daun pandan
4-5 biji telur (tgk saiz)

Cara:
- panas kan air di dalam periuk, kemudian masukkan gula melaka dan daun pandan, masak sehingga gula sumer larut.
- kemudian,sejukkan air gula melaka ,kemudian masukkan tepung jagung. kacau rata.
- pecahkan telur ke dalam periuk tadi dan kacau rata lagi.Ketepikan

Bahan B :
2 cawan pulut (dibersihkan dan di rendam sehingga kembang, kira2 2 jam)
1 cawan santan cair (guner santan segera pon bulih,cairkan sahajar)
sedikit garam halus

cara:
- masukkan semua bahan2 di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
-sediakan sebuah loyang yg di lapik dgn plastik supaya lapisan pulut tidak melekat pada tapak loyang.
-tuangkan beras bercampur santan ke dalam loyang . Pastikan paras santan hanya melepasi sedikit sahaja permukaan pulut.
- kukusla sehingga masak (kira215-20 minit)

-apabila pulut sudah masak, dgn menggunakan tgn yg berbalut plastik tebal, tekan2 permukaan pulut tadi biar padat....dan licin permukaannyer.
-setelah itu, tuangkan Bahan A ygtlh kita sediakan awal2 tadi secara bertapis.
- kukus lagi kuih sehingga adunan telur pulak masak.

- kalau permukaannyer berkedut2 tu tak per....akak sker..tp kalau nak yg smooth skit..api jgn besar....tp tu la...telur kan....kembang ler skit....

selamat mencuber!

Kueh Talam



Kueh talam nie dah banyak kali cuba tp yang ini rasa mantain skit layer dia, klu tk atas or bawah mesti nipis..yg nie ok ler skit kot,tapi tk smooth macam kawan2 buat..bnyk kali cuba cam tu gak..adakah kerana tepung beras..almaklum ler khabarnya kueh malaysia nie cerewet skit kalau guna tepung beras....lepas2 nie kalau buat tk nak kacau atas api plak tengok ok tak.

Kueh talam nie part bawah tu letak molasses ganti gula merah..pepandai jer agak..tp oklah manis skit jer nanti tk kurang skit gula kastor tu jer...sedap jugalah..try lapik dengan plastik kt loyang..ermm mudah sangt nk potong dan tanggal.Soulha guna resepi talam pandan..pandan tu ganti bancuhan molasses @asal iswid.



KUEH TALAM PANDAN

Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam

Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.

Serikaya



Serikaya @ serimuka, dah lama aim masa tengok kat FnR..nak buat berombak2 macam forumer hairanaz tu..senang skit ,bukan apa..tk payah bersusah menunggu pengukus nak lap2 kukus bagai...now biar dia berombak dan berkedut pun tak malu dah..kira fesyen baru ler..tp yang masaalahnya bila tunggu berkedut berombak..tk nak plak dia kedut2....bukan salah resepi yer..
maybe soulha nak safe telur,kononnya takut hanyir sngt...tp mmg wajib penggunaan telur banyak dalam resepi nie ,kurangkan tepung..kalau nak berombak2 or kedut..api pun kena besar.

Malas nak tulis lain copy paste jer by hairanaz forum cari.com.my



SERI KAYA

Bahan A :
1/2 ketul gula melaka (dicincang2 kasar)
1/4 cawan air (ni akak agak2 jer...actually pakai skit jer...)
satu sudu besar tepung jagung (tader tepung jagung,tepung gandum pon bulih)
sehelai daun pandan
4-5 biji telur (tgk saiz)

Cara:
- panas kan air di dalam periuk, kemudian masukkan gula melaka dan daun pandan, masak sehingga gula sumer larut.
- kemudian,sejukkan air gula melaka ,kemudian masukkan tepung jagung. kacau rata.
- pecahkan telur ke dalam periuk tadi dan kacau rata lagi.Ketepikan

Bahan B :
2 cawan pulut (dibersihkan dan di rendam sehingga kembang, kira2 2 jam)
1 cawan santan cair (guner santan segera pon bulih,cairkan sahajar)
sedikit garam halus

cara:
- masukkan semua bahan2 di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
-sediakan sebuah loyang yg di lapik dgn plastik supaya lapisan pulut tidak melekat pada tapak loyang.
-tuangkan beras bercampur santan ke dalam loyang . Pastikan paras santan hanya melepasi sedikit sahaja permukaan pulut.
- kukusla sehingga masak (kira215-20 minit)

-apabila pulut sudah masak, dgn menggunakan tgn yg berbalut plastik tebal, tekan2 permukaan pulut tadi biar padat....dan licin permukaannyer.
-setelah itu, tuangkan Bahan A ygtlh kita sediakan awal2 tadi secara bertapis.
- kukus lagi kuih sehingga adunan telur pulak masak.

- kalau permukaannyer berkedut2 tu tak per....akak sker..tp kalau nak yg smooth skit..api jgn besar....tp tu la...telur kan....kembang ler skit....

selamat mencuber!

Sunday, February 10, 2008

Kueh Chara




Lama tk buat Kueh Chara..kueh nie sedap juga ler mudah pun mudah..anak2 pun suka tapi oleh sebab acuan kat rumah alahai kecil kiut sangat,berjam2 nak habiskan batter tepung.
Jarang2 buat tu berbaloi ler..tp syukur ler ada juga acuan sesat penyewa lama dulu tinggal,yang penting acuan nie tak banyak songeh mudah lekang.. tak ler tension sangat..



Kueh Chara Kiut Miut.

Tepung gandum
Air
Garam
Perasa pandan
pewarna hijau skit
gula

Campur kesemua bahan ,guna whick tu senang tk payah blander,ok jer adunan tk berketul2..panaskan acuan sapu minyak..masukkan batter..letak gula,tutup adunan dengan tudung periuk..nampak kering kt permukaan kueh tu ..kira masak.

## masa soulha buat tu sapu acuan guna butter,konon nak kasi ummpss lg..last2 buat hitam kueh adalah..

Tuesday, December 4, 2007

Buah Melaka



Baki tepung pulut ada skit lagi..kebetulan gula gerek ada..habiskan stok tepung buat jerlah buah melaka nie..anak2 sue excitet plak tengok buah melaka nie..yerlah macam playdoh jer..pastu golek2 atas kelapa kering plak..tk cukup..





ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.