Tuesday, February 26, 2008

Ayam Nagasari



Tengok satu rancangan masakan dalam TV..ala si Mila dengan chef apa ntah ler..tengok sedap sangat Udang nagasari dia..part last letak telur..oleh sebab udang tkder sue tukar pada isi ayam,dan tk letak pun serai dengan kantan tu sbb tkder. ok ler resepi nie.. klu tk silap macam ada berapa lagi bahan tambahan..dah tk ingat..yg penting ada telur..lebih kurang macam Ayam Masak Telur juga.




AYAM NAGASARI

Semangkuk Isi Ayam
1 Bji Bawang Besar } Potong Kiub
2 Ulas Bawang Puteh }Cincang Halus
Sebatang serai } Blander
Bungan Kantan } blander
Cili paste
1 biji Telur
Lada Hitam
Gula/ Garam
Sos Tiram
Cili Bombay } Potong Kiub

Ayam di goreng separuh masak..Tumis bawang puteh dan besar separuh masak..masukkan cili paste dan bahan blander..goreng sehingga naik bau..masukkan ayam goreng tadi...masuk sos tiram dan black paper..kalau agak kering sngt letak air sedikit..gaul rata masukkan cili benggala..goreng lagi..kemudian masukkan telur yg di pukul terlebih dahulu..perasa gula dan garam..biar pekat..boleh letak daun bawang, sebagai hiasa.

Wednesday, February 20, 2008

Puding Roti



Antara puding roti yang pernah sue cuba..yang terakhir ini saja buat sedikit tambahan..letak molasses, ermm sedap juga..walaupun main campak2 jer..tapi terlembik skit terlebih letak susu.



Resepi lain2 tu dari Puding Karemal kak liza..sedap sangat2, rugi ler kita lewat mencuba..









PUDING ROTI CARAMEL


Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]

1/2 cawan gula [hanguskan]

hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel]

Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.

...................................o0o0........................................................................


Contoh roti yang sue guna,patit pain..sebungkus ada 4 ketul rasanya.

Orzo Goreng Basah



Sekali sekala nak tukar juga cara makan easten-food, orzo nie dikena dengan lisalnur ousfour (lidah burung) masakan menggunakan orzo dikalangan arab sini lebih kepada soup ( shurbah) di masak bersama kentang..inya Allah bekesempatan sue cuba cara arab plak..orzo nie sue saja goreng basah2 skit..sbb tk pernah cuba lg,nak tengok macammana resultnya..ok ker dak..huh rupanya tk cukup nasib baik masak cara basah nie agak mengeyangkan skit.



ORZO

orzo - air mendidih masukkan orzo sampai lembut (macam rebus spageti)
bawang putih - chop
bawang besar - diced
celery - diced
capsicum merah, kuning, ijau - diced
carrot - diced
isi ayam
blackpaper
daun parsley- ptg halus2
chicken stok
mushroom
mixs vegetable

tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan isi ayam, mix vegetable,mushroom then bahan lain2 ..masukkan orzo then chicken stok dan last skali daun parsley..hidang bersama bawang goreng dan pasley.

Tuesday, February 19, 2008

Orzo Goreng Basah




Sekali sekala nak tukar juga cara makan easten-food, orzo nie dikena dengan lisalnur ousfour (lidah burung) masakan menggunakan orzo dikalangan arab sini lebih kepada soup ( shurbah) di masak bersama kentang..InsyaAllah bekesempatan sue cuba cara arab plak..orzo nie sue saja goreng basah2 skit..sbb tk pernah cuba lg,nak tengok macammana resultnya..ok ker dak..huh rupanya tk cukup nasib baik masak cara basah nie agak mengeyangkan skit.



ORZO

orzo - air mendidih masukkan orzo sampai lembut (macam rebus spageti)

bawang putih - chop
bawang besar - diced
celery - diced
capsicum merah, kuning, ijau - diced
carrot - diced
isi ayam
blackpaper
daun parsley- ptg halus2
chicken stok
mushroom
mixs vegetable

tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan isi ayam, mix vegetable,mushroom then bahan lain2 ..masukkan orzo then chicken stok dan last skali daun parsley..hidang bersama bawang goreng dan pasley.

Saturday, February 16, 2008

Roti Asas



Lama juga tk menguli roti,semalam saja2 mencuba,setelah melihat blog kak maisya,banyak kak maisya buat roti terpegun habissss..hehehe..tabik spring kat kak maisya,rajin yer menguli roti..sue nie bab nak menguli rasa ok lagi..tp malas yg amat bila time nk tunggu roti naik mengembang,pastu kena perap lg...satu hal lg..yg sebenarnya lambat boleh makan..hehehe,sebab kita nie jenis nak cepat jer..tu senang2 belikan...

ok roti nie sue3 ikut resepi roti asas dari blog kak maisya sumber Roshayati Johari Rnet




RESIPI ASAS ROTI
recipe by Roshayati Johari Rnet

A
350 tepung roti/high protein flour ~ tepung biasa jer
150g tepung halus/superfine flour ~ sue guna tepung self raising flour,superfine xder,kebetulan tepung biasa tk cukup.
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung ~ x letak pun
1 camt bread improver (optional) ~x letak
1 camt bread softener (optional) ~ x letak
4 camt yis kering ~ peket yis 12grm
Gaul bahan di atas sebati

B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat
265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja. ~ sue guna butter saja

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan

bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar

di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak. ~ sue bakar dengan suhu 165C, api atas dan bawah 30minit



# Buat macam2 jenis dari resepi dan adunan yg sama..
1-Egg-mayo-bun
2-Roti Manis
3-Roti Manis Bercheese.



Atas tu scramble egg + bawang besar + cheese + daun sup/bawang + serbuk lada hitam, mix Vegetable, garam.

Tuesday, February 12, 2008

Tumpi




Tumpi nie macam tempeyek jugakan? saja2 sue try beberapa hari lepas,kebetulan kacang dhal tu ada,guna tepung beras made thailand tu dengan t.beras from egypt nie. Tapi macam kurang sikit rasanya, maybe tepung2 nie agak berbau tengik sedikit dari t.beras biasa macam kat malaysia. Tapi ok juga ler resepi nie sekali buat jer menjadi. First batter tu agak tebal sedikit,bila dan rasa pandai handle masa menggoreng tu cuba cairkan sedikit..so, oklah seperti yang di kehendaki..





TUMPI - sumber bibik Painin/pic by long cari.com.my

16 oz tepung beras (1 paket)
21/2 cawan air sejuk
1 bijik telur ayam
1tbsp air kapur
abt 8oz santan
sedikit garam

bahan2 ditumbuk halus :-

1sdb jintan manis
1sdk jintan putih
1sdb ketumbar

abt 1 cup kacang dhal di rendam air 4 - 5 jam - kemudian toskan airnya
ikan bilis yg dibelah 2 - basuh dan toskan airnya
minyak - utk deep frying

1-panaskan minyak didlm kuali
2-campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali kacang dhal dan ikan bilis - bancuh hinga sebati.
3-ambil beberapa senduk batter..masukkan dlm mangkuk kecil kemudian campurkan dhall dan ikanbilis….sendukkan sedikit dan siram pelan2 batter dilereng kuali..nanti batter ni akan melorot kedalam minyak panas….dan timbul ..balik2an ‘tumpi’ ni sehingga masak..angkat dan toskan minyak..

TIPS LAIN CARA MENGGORENG TUMPI dr rrozie17

# rrozie17 .. sy pernah buat guna 2 pan, satu myk buh mcm nk goreng telur, satu lagi guna myk byk,
pas tu, myk dh panas.. buh 1 senduk batter kt dlm pan yg myk skit tu,golekkan pan mcm wat lempeng tu, pas tu angkat, sambung goreng kt myk byk, 2-2 pans skali guna dlm 1 masa.

Monday, February 11, 2008

Serikaya



Serikaya @ serimuka, dah lama aim masa tengok kat FnR..nak buat berombak2 macam forumer hairanaz ..senang skit ,bukan apa..tk payah bersusah menunggu pengukus nak lap2 kukus bagai...now biar dia berombak dan berkedut pun tak malu dah..kira fesyen baru ler..tp yang masaalahnya bila tunggu berkedut berombak..tk nak plak dia kedut2....bukan salah resepi yer..
maybe soulha nak safe telur,kononnya takut hanyir sngt...tp mmg wajib penggunaan telur banyak dalam resepi nie ,kurangkan tepung..kalau nak berombak2 or kedut..api pun kena besar.

Malas nak tulis lain copy paste jer by hairanaz forum cari.com.my



SERI KAYA

Bahan A :
1/2 ketul gula melaka (dicincang2 kasar)
1/4 cawan air (ni akak agak2 jer...actually pakai skit jer...)
satu sudu besar tepung jagung (tader tepung jagung,tepung gandum pon bulih)
sehelai daun pandan
4-5 biji telur (tgk saiz)

Cara:
- panas kan air di dalam periuk, kemudian masukkan gula melaka dan daun pandan, masak sehingga gula sumer larut.
- kemudian,sejukkan air gula melaka ,kemudian masukkan tepung jagung. kacau rata.
- pecahkan telur ke dalam periuk tadi dan kacau rata lagi.Ketepikan

Bahan B :
2 cawan pulut (dibersihkan dan di rendam sehingga kembang, kira2 2 jam)
1 cawan santan cair (guner santan segera pon bulih,cairkan sahajar)
sedikit garam halus

cara:
- masukkan semua bahan2 di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
-sediakan sebuah loyang yg di lapik dgn plastik supaya lapisan pulut tidak melekat pada tapak loyang.
-tuangkan beras bercampur santan ke dalam loyang . Pastikan paras santan hanya melepasi sedikit sahaja permukaan pulut.
- kukusla sehingga masak (kira215-20 minit)

-apabila pulut sudah masak, dgn menggunakan tgn yg berbalut plastik tebal, tekan2 permukaan pulut tadi biar padat....dan licin permukaannyer.
-setelah itu, tuangkan Bahan A ygtlh kita sediakan awal2 tadi secara bertapis.
- kukus lagi kuih sehingga adunan telur pulak masak.

- kalau permukaannyer berkedut2 tu tak per....akak sker..tp kalau nak yg smooth skit..api jgn besar....tp tu la...telur kan....kembang ler skit....

selamat mencuber!

Kueh Talam



Kueh talam nie dah banyak kali cuba tp yang ini rasa mantain skit layer dia, klu tk atas or bawah mesti nipis..yg nie ok ler skit kot,tapi tk smooth macam kawan2 buat..bnyk kali cuba cam tu gak..adakah kerana tepung beras..almaklum ler khabarnya kueh malaysia nie cerewet skit kalau guna tepung beras....lepas2 nie kalau buat tk nak kacau atas api plak tengok ok tak.

Kueh talam nie part bawah tu letak molasses ganti gula merah..pepandai jer agak..tp oklah manis skit jer nanti tk kurang skit gula kastor tu jer...sedap jugalah..try lapik dengan plastik kt loyang..ermm mudah sangt nk potong dan tanggal.Soulha guna resepi talam pandan..pandan tu ganti bancuhan molasses @asal iswid.



KUEH TALAM PANDAN

Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam

Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.

Serikaya



Serikaya @ serimuka, dah lama aim masa tengok kat FnR..nak buat berombak2 macam forumer hairanaz tu..senang skit ,bukan apa..tk payah bersusah menunggu pengukus nak lap2 kukus bagai...now biar dia berombak dan berkedut pun tak malu dah..kira fesyen baru ler..tp yang masaalahnya bila tunggu berkedut berombak..tk nak plak dia kedut2....bukan salah resepi yer..
maybe soulha nak safe telur,kononnya takut hanyir sngt...tp mmg wajib penggunaan telur banyak dalam resepi nie ,kurangkan tepung..kalau nak berombak2 or kedut..api pun kena besar.

Malas nak tulis lain copy paste jer by hairanaz forum cari.com.my



SERI KAYA

Bahan A :
1/2 ketul gula melaka (dicincang2 kasar)
1/4 cawan air (ni akak agak2 jer...actually pakai skit jer...)
satu sudu besar tepung jagung (tader tepung jagung,tepung gandum pon bulih)
sehelai daun pandan
4-5 biji telur (tgk saiz)

Cara:
- panas kan air di dalam periuk, kemudian masukkan gula melaka dan daun pandan, masak sehingga gula sumer larut.
- kemudian,sejukkan air gula melaka ,kemudian masukkan tepung jagung. kacau rata.
- pecahkan telur ke dalam periuk tadi dan kacau rata lagi.Ketepikan

Bahan B :
2 cawan pulut (dibersihkan dan di rendam sehingga kembang, kira2 2 jam)
1 cawan santan cair (guner santan segera pon bulih,cairkan sahajar)
sedikit garam halus

cara:
- masukkan semua bahan2 di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
-sediakan sebuah loyang yg di lapik dgn plastik supaya lapisan pulut tidak melekat pada tapak loyang.
-tuangkan beras bercampur santan ke dalam loyang . Pastikan paras santan hanya melepasi sedikit sahaja permukaan pulut.
- kukusla sehingga masak (kira215-20 minit)

-apabila pulut sudah masak, dgn menggunakan tgn yg berbalut plastik tebal, tekan2 permukaan pulut tadi biar padat....dan licin permukaannyer.
-setelah itu, tuangkan Bahan A ygtlh kita sediakan awal2 tadi secara bertapis.
- kukus lagi kuih sehingga adunan telur pulak masak.

- kalau permukaannyer berkedut2 tu tak per....akak sker..tp kalau nak yg smooth skit..api jgn besar....tp tu la...telur kan....kembang ler skit....

selamat mencuber!

Sunday, February 10, 2008

Parpu Telur




Parpu telur resepi dari kenalan FnR by Inai...kalau tk silap parpu nie terkenal bagi masakan india muslim, sebelah penang island ..masa kecil2 dulu mak pun pernah hidangkan,selain parpu, rossam..tp sbb bukan kegemaran ayah jarang juga ler dpt makan..terasa pula nak masak ,idea timbul bila tengok kacang dhal buat tumpi hari tu...

soulha tambah suhun skit..ermm anak2 hubby pun suka rupanya..cuma tk letak kentang jer tkder plak masa tu..tp oklah sapa2 nk cuba masakan anak mummy penang nie.Sila, sila...



Parpu Telur

Bahan:-
1/4 cawan kacang dhall (rendam 2-3jam)++ soulha tk rendam kacang sini jenis halus dan mudah lembut

1/2 s/t halia+bwg merah+bwg putih mesin+++ soulha xtra kesemua bahan nie dlm 3 sudu besar.
3 biji kentang++++ tk letak
2 biji telur++++ lebih
sedikit santan++++santan pekat extra tengok quntity telur
garam
serbuk kunyit
soohun

Utk tumis darat:-(Bahan B)
Minyak
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
6 helai daun kari
1-2 tangkai cili kering (potong pendek) +++ xptong dah pendek dah
1/4 st biji sawi+++++x masuk sbb tkder
1/2 st jintan manis

Method:-
1. Rebus dhall hingga empuk. Add kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Add halia bawang, serbuk kunyit, garam,soohun.
3. Masukkan santan...dan pecah telur sebiji-sebiji..jgn kacau sangat. Biar telur masak dulu. Godek2 sikit2 je.Tutup api
4. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga wangi.
5. Curah semua bahan B dlm kuah tadi dan sedia dihidang..


# Boleh juga nak + rempah dan sedikit cili serbuk..tk nak letak telur boleh letak bayam or kubis.

Kueh Chara




Lama tk buat Kueh Chara..kueh nie sedap juga ler mudah pun mudah..anak2 pun suka tapi oleh sebab acuan kat rumah alahai kecil kiut sangat,berjam2 nak habiskan batter tepung.
Jarang2 buat tu berbaloi ler..tp syukur ler ada juga acuan sesat penyewa lama dulu tinggal,yang penting acuan nie tak banyak songeh mudah lekang.. tak ler tension sangat..



Kueh Chara Kiut Miut.

Tepung gandum
Air
Garam
Perasa pandan
pewarna hijau skit
gula

Campur kesemua bahan ,guna whick tu senang tk payah blander,ok jer adunan tk berketul2..panaskan acuan sapu minyak..masukkan batter..letak gula,tutup adunan dengan tudung periuk..nampak kering kt permukaan kueh tu ..kira masak.

## masa soulha buat tu sapu acuan guna butter,konon nak kasi ummpss lg..last2 buat hitam kueh adalah..

Sunday, February 3, 2008

Bihun Goreng Tomyam


Cuba buat satu kelainan..ada baca dalam satu Fotopages siapa ? terlupa plak masa tu ambil copy jer nanti jumpa soulha cuba linkkan,ermm sedap sangat rupanya bihun goreng guna pes tomyam nie,rasa cukup.

Bagi yag suka pedas memang complate ler citarasa..nak2 lagi kalau seafood tu banyak..tp soulha bihun yang soulha goreng nie tk berapa complate ,macam udang sotong tak letak sini seafood mahal dan susah plak nak dapat..hari2 tertentu jer ada..tk bagi yang cukup lengkap bahan try ler tak rugi mencuba..



Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keeping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

Friday, February 1, 2008

Kek Marble Susu




Tak rugi memcuba kek ni..patutlah feedback dari yang mencuba kata sedap,cukup gebu dan lemak manisnya..



KEK MARBLE SUSU-resipi
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Code:
Bahan:

250g mentega
230g gula kastor++++gula halus
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine+++++tepung gandum jer
1 sudu kecil serbuk penaik+++++ayak dengan tepung.
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair (Mama gunakan susu segar)++susu segar
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco (I used chocolate emulco)++++tkder

Kaedah penyediaan :

Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.