Showing posts with label chicken /meat. Show all posts
Showing posts with label chicken /meat. Show all posts

Friday, April 11, 2008

Ayam Pedas Ketumbar



Bagi saya masakan ayam yang paling malas saya cipta yang penting simple tapi sedap....
ayam pedas ketumbar..di ilhamkan setelah saya tengok biji ketumbar dan serbuk ketumbar yg banyak kt dalam pantry...so cuba ler sedap tau...hehehe..saper lg nak pujikan , kalau bukan anak sendiri..ala2 ayam masak rose..




AYAM PEDAS KETUMBAR

1/2 Ayam } Goreng setengah masak
5 Ulas Bawang Puteh } ketuk
5/6 Sudu Besar Ketumbar Serbuk
10 Tangkai Cili Kering } Blander
1 Cawan Santan Pekat
Setengah cawan air
Gula/ Garam.
Kiub / Sos Tiram } option.
Cili hijau
Kubis
Daun Ketumbar
Minyak

Cara MemasakGoreng Ayam separuh masak..buang minyak gorengan, tinggal untuk menumis.
Tumis cili yang di blander tadi sehingga naik bau, masukkan air setengah cawan, bersama
bawang puteh yang di ketuk dan juga ketumbar serbuk,biarkan sedikit mendidih masukkan
ayam separuh goreng..biar mendidih , baru masukkan santan,dan cili hijau dan kubis, masukkan garam,gula secukup rasa.. slow api..hampir kering baru letak daun ketumbar..kacau sebati..tutup api..Hidang.

Tuesday, February 26, 2008

Ayam Nagasari



Tengok satu rancangan masakan dalam TV..ala si Mila dengan chef apa ntah ler..tengok sedap sangat Udang nagasari dia..part last letak telur..oleh sebab udang tkder sue tukar pada isi ayam,dan tk letak pun serai dengan kantan tu sbb tkder. ok ler resepi nie.. klu tk silap macam ada berapa lagi bahan tambahan..dah tk ingat..yg penting ada telur..lebih kurang macam Ayam Masak Telur juga.




AYAM NAGASARI

Semangkuk Isi Ayam
1 Bji Bawang Besar } Potong Kiub
2 Ulas Bawang Puteh }Cincang Halus
Sebatang serai } Blander
Bungan Kantan } blander
Cili paste
1 biji Telur
Lada Hitam
Gula/ Garam
Sos Tiram
Cili Bombay } Potong Kiub

Ayam di goreng separuh masak..Tumis bawang puteh dan besar separuh masak..masukkan cili paste dan bahan blander..goreng sehingga naik bau..masukkan ayam goreng tadi...masuk sos tiram dan black paper..kalau agak kering sngt letak air sedikit..gaul rata masukkan cili benggala..goreng lagi..kemudian masukkan telur yg di pukul terlebih dahulu..perasa gula dan garam..biar pekat..boleh letak daun bawang, sebagai hiasa.

Friday, January 25, 2008

Hati Lembu Masak Arab




Puas juga memikir nak masak apa ler hati lembu,hasil surfing jumpa satu resepi dari fp zanaz70..ermm ok juga sedap,simple jer..soulha tambah 2 biji tomato segar diblader...sllunya masakan arab memang tak tinggal punya tomato nie..tapi cara arab masak diorang jarang blander tomato buah,cuma cari yang agak ranum dan letak awal skit keteka masak reneh tomato tu sampai dia lumat sendiri dan selalu gaul tekan2 kasi dia hancur dan masak bersama daging...soulha letak jg santan pekat.

Result resepi memang kena citara my family..kena masuk list bila perlu. Copy paste jer dari fp zanaz70..


HATI LEMBU MASAK ARAB

1/2 kati hati lembu - dipotong ikut kesukaan
2 sdb rempah kari ayam/daging
1 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 sdt jintan manis - serbuk pun ok
1 sdt jintan putih - serbuk pun ok
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit santan jika mau
garam n gula ikut citarasa.

Hati dipotong dan dibersihkan. kemudian taruk garam kunyit and goreng sebentar.

Seme bahan di atas masuk dlm blender dan diblend halus. tumis seme bahan yang diblend tadi hingga naik bau/garing. then masukkan hati dan santan. perasakan dgn garam dan gula then biar didih dan kuah agak pekat pastu tutup le api...sedia utk di makan.

niway ku taruk extra bahan sikit...which is tomato tak kira le samada tomato segar diblend skali or tomato sos semasa menumis rempah. santan selalunya tak guna pun hehehe.

Cucah roti pun sedap.

Friday, January 18, 2008

Daging Goreng Telur




Best sangat resepi dari achik yaya dari forum cari..resepi asal guna isi ayam..saja nak buat kelainan..lagi pun dah pernah cuba dengan isi ayam..memang sedap ..kalau tak salah sue, masakan nie feberet kerabat Brunai..walahualam.


DAGING GORENG TELUR
source by achik_yaya

Code:
1 mangkuk isi Ayam/Daging
2-3 biji telur
10-15 biji cili padi -hiris halus
1 labu bawang besar
3 biji bawang puteh
1 sudu kecil minyak bijan
kicap sos tiram
gula/ garam - agak2

Tumis bawang besar,bawang puteh dan cili padi
Masukkan isi ayam,kalau daging potong nipis2,goreng sehingga air ayam kering,boleh
masukkan kicap sos,tiram,minyak bijan
Last masuk telur yg pukul terlebih dahulu.

p/s..last tu sy letak bawang besar potong bulat..guna cili kering jer sini tkder cili padi..tk letak
minyak bijan tk suka,pastu letak skit lada hitam..suka msk lada nie dlm masakan..selain
harum pedas2 manja gitu.

Wednesday, November 21, 2007

Lemon Rosemarry Chicken Grill


Sekali sekala nak mencuba western food,kali ni cuba resepi dari laman Koleksi Resepi Pilihan Diana-Under thread ayam.LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL.Tengok resepinya very2 sempoi..bila dicuba ternyata betoi2 sedap.

Kebetulan Rosemarry fresh murah plak tu..beli kt Metro,zid zaitun pun masih ok,resepi asal dari "The Naked Chef'c-Jamie Oliver."Bila ayam tu dibakar harum satu rumah...........x rugi kalau ingin mencuba satu kelainan..tp awas !! hanya betoi2 yang nak ready western foodlah.

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL

1 ekor ayam sederhana besar
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara Membuatnya

Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon yang telah direbus tadi dicucuk-cucuk dengan garfu dan disumbat ke
dalam perut ayam.



Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180?c selama 1 jam tau sehingga masak.
Hidangkan. Seekor ayam tu boleh bahagi 4 macam kat Kenny Rogers tu.

Rosemarry Segar


My sempoi method pulak…(biasa lee kalau tak ubah resepi tak sah lerkan..)

Ayam kita potong jer..nie kira nk cepat ler..and angin M datang sama..kanak rebina pun
ramai,tp still masih sedap lg.

Tak letak kentang kehabisan, cuma baby carrot jer..saja + sebiji 2 tomato kebetulan
ada..lg pun sy suka tomato grill nie..mcm firaj mashwi tu..potong jg carot letak sekeliling
ayam tu supaya nampak lagi meriah…
lemon sy tk sumbat camner nak sumbatkan dh kena potong ayam tu..sy cuma perah jus
jerlah..perap sekali dengan ayam tambah balck paper..rasanya mat jimmy nie suka gak
black pepar nie selain trademark “oliver” dia…agaknya dlm resepi nie dia terlupa kot..
Result!!..meeemanggg sedap ayam nie dan best baunya ….…..