Showing posts with label aneka nasi. Show all posts
Showing posts with label aneka nasi. Show all posts

Sunday, May 25, 2008

Nasi Pakapau




Tak pernah makan pun Nasi Pakapau nie....dalam beberapa forum khabarnya nasi nie sedap, so, kita trylah..2x dah buat tu pun rasanya lebih dari setahun..Nasi nie nama jer komesil , yang menyedapkan nasi tu , adalah resipi daging atau ayam yang di makan bersama nasi tersebut..

Menurut yang pernah makan..nasi puteh biasa , dihidang bersama telur mata kerbau dan specialnya sudah tentu daging pakapau..First try sue guna daging, sekali nie ayam, pedal skit...ermm sedap, suka jugak ler..tp rasanya menu nie lebih sesuai dengan daging..kalau ada cili padi meyengat tu sure lg terangkat..Daging pakapau, menu utama adalah daun basil @ selasih..memang nampak mcm pelik tp bila dah di masak sedap bau harum jer...

Oleh sebab dimakan dengan nasi puteh biasa, sue ubah dengan Nasi Tomyam...baru nampak macam real pakapau, di hati sue ler..hehehe..

Nasi Tomyam tu mcm biasa jer..letak kiub tomyam, ketuk serai...lain tu mcm biasa tumis bawang ltk rempah 4 serangkai, garam gula skit.

Ok sue kasi resepi Daging Pakapau jerlah yerkk, sukatan tk diseratakn resepi dari Hmetro Online..pepandai lah yerk.





Daging Pakapau

Bahan-bahan:

1) Daging atau ayam
2) Daun selasih
3) Sos tiram
4) Kacang panjang
5) Cili api
6) Bawang putih
7) Garam secukup rasa

Cara memasak:

Daging atau ayam dicincang halus. Panaskan minyak. Bawang putih dihiris halus dan kemudian ditumis. Selepas itu masukkan daging yang dicincang tadi bersama daun selasih. Apabila daging sudah empuk, masukkan sos tiram, cili api dan kacang panjang yang dipotong kecil dan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Sunday, May 18, 2008

Nasi Kerabu Biru




Saja teringin nak makan nasi kerabu, bila nampak jer kat blog kak Maisya..hati berbungan nak cuba, ehh rasanya lam juga ler sue tak buat..nasi nie renyah sikitkan..tapi kalau hati dah terpaut kena buat nie..Bertambah leceh bila takder ikan..so, sue letak jer ikan tuna dalam tu..janji ikankan..kelapa parut pun..so, jadilah sambal nyiur..buat solok, ikan celup jer takder..ulaman tu bedal jerlah apa yg ada dalam peti..janji daun...yang paling best makan dengan keropok ikan mamasya kasi...






Nasi kerabu perantau...Ilham Myresipi, tapi ikut method sendiri jer
NASI

* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna biru
* 2-3 helai daun limau purut
* 1 btg serai-diketuk

Cara-cara

Masak nasi:-
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.


SAMBAL TUMIS

* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit..........tk ltk pun
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan...........tk ltk
* garam dan gula melaka

Sediakan sambal tumis:-
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
SAMBAL IKAN

* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

SOLOK LADA

Bahan
10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam

Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam perut ikan. gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg ditumbuk dan masukkan dalam belahan cili yg teah dipotong tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.

ULAM

* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

Hiris semua sayur dan gaul ratakan.

Bahan lain- optional

* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Sunday, December 23, 2007

Nasi air



Sejuk2 nie sedap plak makan nasi air yang jarang2 sangat buat,tambahan plak cerewet juga nk membuatnya..walaupun nasi dimasak macam bubur jer,tapi bahan-bahan yang di makan bersama nasi air tu yg renyah sikit untuk dibuat...tp soulha still dengan resepi nie,sedappp...klu cukup bahan-bahan ,lagi ok macam soohoon goreng.

So,boleh cuba kalau yang berminat nak makan,tambah2 kalau demam tak lalu nak makan..tp kalau tak demam pun rasanya lagi over makan.




NASI AIR SIAM } Source: sitiazma (my resipi.com)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* Nasi - dimasak sedikit lembik
* Daging - 1/2 kilo } saya guna ayam
* halia - 5 inch -ditumbuk lumat
* cili padi (hijau atau merah) - segenggam
* cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
* garam,gula sesedap rasa


* BAHAN TAMBAH } Bahan apa yang ada kat sini jer.
* ikan bilis - digoreng garing
* bawang goreng
* bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak }boleh tukar soohoon
* air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
* daun sup - dihiris halus-halus
* limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
* **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!