Tuesday, July 1, 2008

Ahlan Wasahlan My Home Cafe..

Alhamdulillah, Kesyukuran di panjatkan akhirnya dapat juga melangkah lebih jauh..dan hasrat untuk membuat cafe sendiri akhirnya tertunai sudah. Sebelum2 nie kami hanya sediakan jualan untuk permintaan di rumah Negeri Sabah dan bazar2 di sekitar Rumah Negeri sahaja , sekarang atas permintaan semula untuk teruskan jualan di rumah Negeri Sabah , InsyaAllah akan di teruskan selepas exam musim panas nanti. Ini bermakna jualan untuk "Nasi Bungkus "dan Kueh-Mueh untuk minuman petang akan di teruskan di rumah Negeri Sabah di Abbas Aqqad, seperti biasa. Boleh dapatkan di koperasi rumah Negeri Sabah, sebelum zuhur. Kueh-Mueh sebelah petang selepas asar.


Selain tu kami membuka peluang untuk pelanggan lama kami atau yang baru untuk terus mengorder masakan panas dan fresh melalui online atau sms mengikut masa yg di tetapkan.

Perbagai Menu disediakan...Dari kueh-mueh untuk sarapan pagi dan minum petang,Dish untuk lunch, segala aneka mee dan bihun..Untuk hidangan Aneka mee..kami hanya sedaikan "Mee Asli" sahaja, bukan dari spaggety..melainkan atas permintaan costemer.

" TERUS MENAMBAT DARI SMSHOTCAFE.COM"....

No comments: