Tuesday, March 18, 2008

Ayam Bawang puteh




Resepi nie di kongsi bersama Wa @ cendawan _liar dari forum cari..ramai forumer dh mencuba dan feedback yg di beri pun ramai yg puas hati simple lg sedap..sue pun suka..dah banyak kali try..

Ok nie resepinya..



AYAM BAWANG PUTEH

Berapa ketul bahagian Isi Ayam.

Bahan A
1 sudu sos tiram
sedikit serbuk perasa
1 sudu tepung jagung

Bahan B
10 ulas bawang putih( ketuk)
2/3 sudu sos tiram
1/2 sudu gula
sedikit air
2 sudu butter

Cara-cara

- Ayam digaul dengan Bahan A } goreng kekuningan

1.Cairkan butter dalam kuali
2.Masukkan bawang putih yang ketuk} goreng hingga sedikit kekuningan
3.Masukkan sos tiram, gula } kacau
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
5.Kacau rata
6.Boleh tambah apa saja yang kita suka seperti cili benggala dll, bole masuk sedikit air kalau tk mahu pekat.

Friday, March 14, 2008

Kari Ikan Mamak Stail.




Jarang² makan ikan kat sini, sekali dah jumpa ikan besar Ikan Merah plak tu..rasanya sesuai buat kari jerlah..nak buat sup macam kureng skit jer..al maklum ler ikan sini hanyir skit..dah basuh dengan asam bagai..tp tetap bau kuat..so, bila buat kari nie boleh ler tahan sedikit.. Ok nie resepi Kari Ikan mamak my stail ler..






KARI KEPALA IKAN MAMAK STAIL.

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/nyuk-nyuk.
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air TINGGAL SESUDU BESAR belum dibancuh]
5 biji bendi/terung
4 biji cili hijau
1 cawan air
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit rempah kari belum dibancuh..gaul sekejap jer..nanti takut
hangus..kemudian masuk baki rempah kari yg dibancuh air plak,tumis agak2 sebati,kering
bercampur minyak gitu ,masukkan air( jangan banyak sngt tau .
3. Masukkan air asam jawa tadi...Masukkan 2 cili yang dibelah tengah.
4. Bila nampak nk mendidih masukkan ikan.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam serta baki cili. Biarkan naik minyak
lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa.