Sunday, February 3, 2008

Bihun Goreng Tomyam


Cuba buat satu kelainan..ada baca dalam satu Fotopages siapa ? terlupa plak masa tu ambil copy jer nanti jumpa soulha cuba linkkan,ermm sedap sangat rupanya bihun goreng guna pes tomyam nie,rasa cukup.

Bagi yag suka pedas memang complate ler citarasa..nak2 lagi kalau seafood tu banyak..tp soulha bihun yang soulha goreng nie tk berapa complate ,macam udang sotong tak letak sini seafood mahal dan susah plak nak dapat..hari2 tertentu jer ada..tk bagi yang cukup lengkap bahan try ler tak rugi mencuba..



Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keeping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

Friday, February 1, 2008

Kek Marble Susu




Tak rugi memcuba kek ni..patutlah feedback dari yang mencuba kata sedap,cukup gebu dan lemak manisnya..



KEK MARBLE SUSU-resipi
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Code:
Bahan:

250g mentega
230g gula kastor++++gula halus
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine+++++tepung gandum jer
1 sudu kecil serbuk penaik+++++ayak dengan tepung.
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair (Mama gunakan susu segar)++susu segar
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco (I used chocolate emulco)++++tkder

Kaedah penyediaan :

Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.