Saturday, May 1, 2010

Sayur Bening Mulukiah



Salam semua..terasa bersalah sangat kalau tidak luangkan sedikit masa kat sini..kebetulan dalam statitik kat laman sue satu lagi rupanya ramai pengunjung yang sudi menyinggah ke sini..ralat lerkan tak der hidangan yang baru untuk tatapan semua...

Oklah Jumaat lepas dah bertukar jam, bermakna dah masuk musim panas..teringat kat Kmal dalam shout box kt laman sofieyya bertanyakan tentang sayur mulukiah ini..Apa kena mengena dengan musim panas plak ?..hehe..Sebenarnya sayur mulukiah ini hanya ada musin panas jer..Ingat ada sekali tu pergi kedai sayur tanya pak arab sarbaneh @ bayam ..time tu musim panas dia cakap mana ada sarbaneh musim ni..mulukiah adalah..hehehe...tp kejadian ni lama dah ler....kalau semalam masih blurr ..teruklah kan dok mesir punyalah lama sayur bermusim pun tak tau..tp oklah sekarang ni apa nak kisahkan dah moden mana ada musim2 dah..

Oklah melalutlah plak..sebelum tu nak tanya gak Kak Amal..manalah maknya dapat benih mulukiah nie....katanya mak dia pernah tanam dulu..huh dasyat tu ..ingatkan kt Mesir jer ada, ker sue jer yang tak tau....tapi tanam pun rasanya leh jer hidupkan..sebab sesuai jer tanaman untuk musim panas ni..oklah apa kata kita tengok sayur ini dulu...


Sebenarnya batang sayur nie kecil-kecil halus macam lidi tu..kalau beli kat pasar or kedai sayur diorang jual seberkas sekali dengan akar2 macam baru lepas cabut dan jual kilo2 sekali dengan tanah2 dia timbang..hehe perkara biasa jer..kalau beli kt standard punya tempat dia dan pangkal tinggal daun jer....daun nie di cop2 dengan cutter..sehingga halus kemudian dibuat sup..

Pernah sekali makan sup sayur mulukiah ini dengan daging arnab....sedap jugalah isteri guru sue buatkan...tp tak berani plak kita nak try buat cam tu..so, sue masak ala bening jerlah..ermm sebelum terlupa sayur ini belendir skit tau, ala-ala bendi macam tu..

Sayur mulukiah ini elok sangat untuk sesiapa yang mengidap hypetitis B..untuk pengetahuan penyakit ini jarang berlaku kat negara arab ..dari pengalaman sue ....ada beberapa orang teman yang terkana juga jangkitan dan tanda2 demam kuning terpaksa dibawa pulang ke Malaysia buat rawatan susulan di negara sendiri....katanya di sini takder kepakaran sebab jarang2 sekali berlaku.. ini semua berlaku sekitar awal 2000lah mungkin sekarang.? Wallahualam...

Masa sue pulang buat rawatan kat Malaysia..ada yang sarankan supaya makan bendi or sayur yang belendir untuk turunkan kekuningan kt badan..Alhamdulilah memang ada kesannya....

So, adakah kerana pak arab selalu makan mulukiah maka jarang-jaranglah kot diorng di jangkiti penyakit ini......4 orang anak sue yang lahir sini..Alhamdulilah semuanya tak ada "Jaundice" lepas lahir..kecuali yang lahir kat Malaysia sorang tu..tapi tak lah lama seminggu jer...so, adakah fakta ini di kira betul..he3 ..wallahualam..

Fuh berjela2..ni malas kalau start menulis, ada2 jer sue niekan dah lari dari tajuk asal..ok kita tengok jerlah sayur lam periuk..malas ler plak nak snap cun2 macam dulu...resipi pun macam malu jer nak kasi...layan jerlah yer...

Saturday, April 3, 2010

Wholemeal Sosej Bread




Sebenarnya tak tahu nak letak citer per dalam ni..oleh sebab ada kawan-kawan yang menjejak sampai ke sini dan ber ym dengan sue minta teruskan update blog nie..jadi dengan rela hati terpujuklah untuk updatekan untuk hari ini. Maaflah yer kalau blog nie jadi sunyi kembali..apapun sue akan cuba..mungkin kiranya kalau takder apa yg fresh untuk di paparkan sue angkut jer "perabot" dari rumah lama ke sini.Almaklumlah untuk mengtesting dan mengexpreriment masakan sekarang ini rasanya dah hilang selera kot..hehehe..ini kerana semua peralatanku dah masuk kotak tunggu saat melangkah jer belum2 lagi.

Apa2pun layan jerlah pic roti ini sebab sue suka sangat apa yg berkaitan dengan roti..jadi untuk N3 kali ini dan atas permintaan yati ai perkenankanlah blog ini di updatekan.

Roti sosej ini sue guna tepung wholemeal..suka sangat roti jenis ginikan..anak2 pun suka rupa ala2 macam kat kedai..jadi bolehlah cuba bagi yang berminat nak buat pun senang jer sue guna resipi roti dari fp kak liza.



Resipi Asal Kak Hanieliza

Bahan A :

500g tepung wholemeal ++++ 250grm
25g susu tepung +++++ x letak
50g gula +++ setenga sudu besar
10g yis kering ++++ 6 grm
1 sudu kecil pelembut roti +++++ tk letak
1 biji telur 1 biji
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :

250ml air (suam) +++++ 125ml
75g majerin +++ 35

Bahan C : Sosej

Cara Membuat :

1. Campurkan semua bahan dalam A ke dalam mangkuk pengadun.
2. Hidupkan mixer dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan hingga adunan kelihatan melekat sesama sendiri.
3. Masukkan majerin dan terus menguli sehingga doh yang lembut dan licin terhasil.
4. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Bungkuskan mangkuk berisi doh dengan beg plastik yang bersih dan biarkan doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada bebola seberat 50g.
6.Ambil sebiji doh lilit pada sosej atau bentuk ikut citarasa.
7. Biarkan doh naik untuk selama lebih kurang 20 minit.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C sehingga masak atau berwarna keperangan.
9. Sebaik keluar dari ketuhar, sapukan dengan majerin untuk menghasilkan doh yang lembut dan berkilat.