Sunday, February 3, 2008

Bihun Goreng Tomyam


Cuba buat satu kelainan..ada baca dalam satu Fotopages siapa ? terlupa plak masa tu ambil copy jer nanti jumpa soulha cuba linkkan,ermm sedap sangat rupanya bihun goreng guna pes tomyam nie,rasa cukup.

Bagi yag suka pedas memang complate ler citarasa..nak2 lagi kalau seafood tu banyak..tp soulha bihun yang soulha goreng nie tk berapa complate ,macam udang sotong tak letak sini seafood mahal dan susah plak nak dapat..hari2 tertentu jer ada..tk bagi yang cukup lengkap bahan try ler tak rugi mencuba..



Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keeping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

No comments: