Saturday, July 12, 2008
First Kue Pau gebu from cairo...
Percubaan pertama degan menjual kue pau di sini..mula2 dulu, ada perancangan nk buat sudah..tapi Ghuzy tk setuju..katanya takut kueh pau tu keras setelah sejuk..al maklumlah selalunya kue pau kan kt Malaysia sedang jer panasnya dlm kukusan.. klu setengah gerai kecil pau sejuk jugak dijual..tp kalau di sini, surelahkan..cuma macam mana untuk kekalkan supaya agak tidak keras itu saja..
Bila sudah kerap mencuba resepi yg sama..alhamdulilah pau nie kekal lembut dan sedap walaupun dah sejuk. Alhamdulilah dari hari pertama mencuba dan sampai sekarang kueh pau ini masih dalam permintaan..sekarang sudah bertambah quantity dan harga pun di naikkan sedikit, memandangkan tepung di pasaran naik berganda2.
Untuk dapatkan pau yang puteh dan gebu bergantung juga kepada qualiti tepung dan harga pun agak mahal sedikit, pic pau sebelah atas contoh sue guna tepung biasa dan murah, permukaan kueh menjadi kuning dan kadang2 cepat merekah, dan agak keras ketika sejuk..berbeza dengan pic dibawah ..resepi nie sue tetap kekalkan dari resepi cranko tp cara membuat ada sedikit perubahan...So, apa lagi yg teringin nk makan kueh pau panas2..LAYARILAH website kami..bagi yang tidak bekesempatan nak order direct boleh juga di dapati di Restoren Mutiara H7.
"SAJIAN DI HUJING JARI ANDA"
Friday, July 11, 2008
Suq-Online
Perbagai barang di jual secara on-line antaranya barang yang tidak terdapat di pasaran Mesir..seperti taugeh segar, tempe , tauhu, cili padi dan ikan bilis, terdapat juga sos tiram dan sos cili yang di buat secara homemade quality terbaik seperti di pasaran..
Untuk pertanya lanjut boleh
TAUHU
Untuk pertanya lanjut boleh
TAUHU
Tuesday, July 1, 2008
Ahlan Wasahlan My Home Cafe..
Alhamdulillah, Kesyukuran di panjatkan akhirnya dapat juga melangkah lebih jauh..dan hasrat untuk membuat cafe sendiri akhirnya tertunai sudah. Sebelum2 nie kami hanya sediakan jualan untuk permintaan di rumah Negeri Sabah dan bazar2 di sekitar Rumah Negeri sahaja , sekarang atas permintaan semula untuk teruskan jualan di rumah Negeri Sabah , InsyaAllah akan di teruskan selepas exam musim panas nanti. Ini bermakna jualan untuk "Nasi Bungkus "dan Kueh-Mueh untuk minuman petang akan di teruskan di rumah Negeri Sabah di Abbas Aqqad, seperti biasa. Boleh dapatkan di koperasi rumah Negeri Sabah, sebelum zuhur. Kueh-Mueh sebelah petang selepas asar.
Selain tu kami membuka peluang untuk pelanggan lama kami atau yang baru untuk terus mengorder masakan panas dan fresh melalui online atau sms mengikut masa yg di tetapkan.
Perbagai Menu disediakan...Dari kueh-mueh untuk sarapan pagi dan minum petang,Dish untuk lunch, segala aneka mee dan bihun..Untuk hidangan Aneka mee..kami hanya sedaikan "Mee Asli" sahaja, bukan dari spaggety..melainkan atas permintaan costemer.
" TERUS MENAMBAT DARI SMSHOTCAFE.COM"....
Selain tu kami membuka peluang untuk pelanggan lama kami atau yang baru untuk terus mengorder masakan panas dan fresh melalui online atau sms mengikut masa yg di tetapkan.
Perbagai Menu disediakan...Dari kueh-mueh untuk sarapan pagi dan minum petang,Dish untuk lunch, segala aneka mee dan bihun..Untuk hidangan Aneka mee..kami hanya sedaikan "Mee Asli" sahaja, bukan dari spaggety..melainkan atas permintaan costemer.
" TERUS MENAMBAT DARI SMSHOTCAFE.COM"....
Sunday, May 25, 2008
Nasi Pakapau
Tak pernah makan pun Nasi Pakapau nie....dalam beberapa forum khabarnya nasi nie sedap, so, kita trylah..2x dah buat tu pun rasanya lebih dari setahun..Nasi nie nama jer komesil , yang menyedapkan nasi tu , adalah resipi daging atau ayam yang di makan bersama nasi tersebut..
Menurut yang pernah makan..nasi puteh biasa , dihidang bersama telur mata kerbau dan specialnya sudah tentu daging pakapau..First try sue guna daging, sekali nie ayam, pedal skit...ermm sedap, suka jugak ler..tp rasanya menu nie lebih sesuai dengan daging..kalau ada cili padi meyengat tu sure lg terangkat..Daging pakapau, menu utama adalah daun basil @ selasih..memang nampak mcm pelik tp bila dah di masak sedap bau harum jer...
Oleh sebab dimakan dengan nasi puteh biasa, sue ubah dengan Nasi Tomyam...baru nampak macam real pakapau, di hati sue ler..hehehe..
Nasi Tomyam tu mcm biasa jer..letak kiub tomyam, ketuk serai...lain tu mcm biasa tumis bawang ltk rempah 4 serangkai, garam gula skit.
Ok sue kasi resepi Daging Pakapau jerlah yerkk, sukatan tk diseratakn resepi dari Hmetro Online..pepandai lah yerk.
Daging Pakapau
Bahan-bahan:
1) Daging atau ayam
2) Daun selasih
3) Sos tiram
4) Kacang panjang
5) Cili api
6) Bawang putih
7) Garam secukup rasa
Cara memasak:
Daging atau ayam dicincang halus. Panaskan minyak. Bawang putih dihiris halus dan kemudian ditumis. Selepas itu masukkan daging yang dicincang tadi bersama daun selasih. Apabila daging sudah empuk, masukkan sos tiram, cili api dan kacang panjang yang dipotong kecil dan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.
Popia Basah Dewi
Tak pasti sama ada percubaan pertama kali , atau pernah buat popia basah sebelum nie..sebab kueh nie bukan pilihan di hati sangat kecuali popia goreng yang di sira dengan sos , ditabur dengan kacang serbuk..Tapi untuk kali ini sue saja2 try..alhamdulilah untuk adunan pertama sehingga ke 4 kali tu agak tebal..lagi pun baru nk belajar biasa dengan skill..so, selepas tu baru ok skit..tklah tebal sangat..sakit jugak ler jari nie 2x buat adunan untuk habiskan inti dan sos...result dia memang best sangat, resipi dari blog kak Maisya , kalau tak silap dari Dewi fnr...sos, sue guna resepi akak Dewi jugak letak kismis..cuma Inti tu ikut jer apa yg ada kt sini, sue tumbuk ikan bilis..ermm boleh tahan.Anak2 pun suka , alamak tak cukup ler pulak.
Yang paling best sekali sudah tentu ler kalau kuali or pan tak melekatkan....yg rasa renyah pun menjadi mudah.
Popia Basah
Recipe posted by Dewi at FNR
Kulit Popiah
Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)
Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulatan dari luar dan dibawa ketengah. lebihan tepung di tarik dan buh balik dlm bancuhan tepung yg dibuat.
-tunggu hingga tepi kulit popia tu mengelupas dari kuali dan tarik keluar susun atas pinggan/ bekas.
-kulit yg dah buat tu balut dgn kain . jgn kasi kering tepi2 dia
Inti Popia
Bahan:
sengkuang dihiris
tauhu diramas
kacang panjang potong halus
taugeh
udang ( ni nak tambah crab fillet, isi ayam pun boleh)
serbuk kunyit
bawang merah-dihiris
kacang tanah-disangai dan dimesin kasar
bawang goreng
Cara:
-kacang panjang dan taugeh celur sekejap dan toskan kering.
-tumis bawang merah hingga wangi
-masukkan udang dan tauhu yg diramas , serta serbuk kunyit kacau rata.
-masukkan sengkuang dan kacau rata hingga sengkuang sedikit layu
-letak atas tapis supaya air sengkuang turun.
Sos cili
Bahan:
500gm cili kering
100 gm kurma/kismis hitam
1 cawan gula
Cara:
cili yg dimesin dan kurma (rendam dulu baru senang mesin) dimasak perlahan2 hingga pekat tambah gula kalau sos terasa terlalu pedas. ikut rasa sendiri lah kalau nak pedas atau kurang pedas ni.
*Sukatan hanya anggaran, depends on byk m ana air yg tercampur masa blend bahan2 ni.. kalau nak pekat cepat dan tak nak tambah gula byk tambahkan kismis / kurma ... cara nie kuah senang pekat. kalau cili pedas kena lah tambah gula.
Cara Menyediakan Popia:
-sapu sos atas kulit
-tabur kacang tanah yg dah di mesin
-letak sayur sengkuang dan juga taugeh & kacang panjang
-tabur bawang goreng
-gulung dan lipat
-nak tambah cili atas pun leh gak tabur lagi kacang untuk lebih umphhh
-sedia untuk di ngap.
Sunday, May 18, 2008
Nasi Kerabu Biru
Saja teringin nak makan nasi kerabu, bila nampak jer kat blog kak Maisya..hati berbungan nak cuba, ehh rasanya lam juga ler sue tak buat..nasi nie renyah sikitkan..tapi kalau hati dah terpaut kena buat nie..Bertambah leceh bila takder ikan..so, sue letak jer ikan tuna dalam tu..janji ikankan..kelapa parut pun..so, jadilah sambal nyiur..buat solok, ikan celup jer takder..ulaman tu bedal jerlah apa yg ada dalam peti..janji daun...yang paling best makan dengan keropok ikan mamasya kasi...
Nasi kerabu perantau...Ilham Myresipi, tapi ikut method sendiri jer
NASI
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna biru
* 2-3 helai daun limau purut
* 1 btg serai-diketuk
Cara-cara
Masak nasi:-
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
SAMBAL TUMIS
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit..........tk ltk pun
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan...........tk ltk
* garam dan gula melaka
Sediakan sambal tumis:-
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
SAMBAL IKAN
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia
Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
SOLOK LADA
Bahan
10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam
Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam perut ikan. gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg ditumbuk dan masukkan dalam belahan cili yg teah dipotong tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.
ULAM
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bahan lain- optional
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan
Cream Puff
Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )
* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur
Cara :
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
**..kalau nk buat kaler2...letak selepas masukkan telur..agak2 lah yer..nk 2 warna..bahagikan doh tu.**
INTI
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega
Cara-cara
1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
**utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad
Saturday, May 10, 2008
Serimuka Delima
Dah lama nak mencuba resepi Serimuka Delima nie..first tengok ada sagu dalam tu..yerlah nk berpagai2 sagu nie..kalau asyik makan kueh sagu jer, sure tk best juga bila ada resepi nie nampak menarik tambahan serimuka tu sedap juga sekali sekala makan dengan real pulut..selalunya sue buat guna beras Luq-luq jerk...Thnk Kak ziela yang kirim pulut dan sagu untuk sue.
Serimuka Delima.....resepi asal dari AziemasSerimuka Delima
Bahan-bahan ( 24 cm x 2inci )
* (A) 250 gm beras pulut - direndam 4 jam @ semalaman
* 150 ml santan pekat
* 150 ml air
* 1 sudu teh garam
* 5 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
* (B) 150 gm gula kastor
* 50 gm tepung kastad
* 200 ml santan pekat
* 200 ml air
* 2 biji telur - size A : dipukul rata
* Sedikit esen vanilla
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
2. Masukkan garam - gaul rata
3. Tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
4. Setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
5. Tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
6. Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
7. Masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
8. Tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
9. Kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
10. Dh pun siap..tp tunggu kuih benar2 sejuk br dipotong
** Rasa2nya sue kena kurang kan air seeekit lepas nie**
Friday, May 9, 2008
Kueh Sagu
Nikmatnya bila sampai ke tekak , apa tidaknya dah lama teringan sangat nak makan..akhirnya di makhbulkan doa..tak terminta pun..tetiba saja ada dalam senarai kak ziela..tima kasih akak..
Tak sure plak resipi saper..tp senang saja..yang penting didihkan air gula baru sagu..nanti baru masak sekata semua biji2 sagu itu..jangan lupa jirus sekejap dan tos. Ok..selamat menjamu..
Friday, April 11, 2008
Ayam Pedas Ketumbar
Bagi saya masakan ayam yang paling malas saya cipta yang penting simple tapi sedap....
ayam pedas ketumbar..di ilhamkan setelah saya tengok biji ketumbar dan serbuk ketumbar yg banyak kt dalam pantry...so cuba ler sedap tau...hehehe..saper lg nak pujikan , kalau bukan anak sendiri..ala2 ayam masak rose..
AYAM PEDAS KETUMBAR
1/2 Ayam } Goreng setengah masak
5 Ulas Bawang Puteh } ketuk
5/6 Sudu Besar Ketumbar Serbuk
10 Tangkai Cili Kering } Blander
1 Cawan Santan Pekat
Setengah cawan air
Gula/ Garam.
Kiub / Sos Tiram } option.
Cili hijau
Kubis
Daun Ketumbar
Minyak
Cara MemasakGoreng Ayam separuh masak..buang minyak gorengan, tinggal untuk menumis.
Tumis cili yang di blander tadi sehingga naik bau, masukkan air setengah cawan, bersama
bawang puteh yang di ketuk dan juga ketumbar serbuk,biarkan sedikit mendidih masukkan
ayam separuh goreng..biar mendidih , baru masukkan santan,dan cili hijau dan kubis, masukkan garam,gula secukup rasa.. slow api..hampir kering baru letak daun ketumbar..kacau sebati..tutup api..Hidang.
Wednesday, April 2, 2008
Koleksi Muffin SueryB33
Antara Koleksi Muffin yang telah di cuba..muffin nie kesukaan anak2 sue..sebenarnya dulu masa zaman sekolah aka zaman anak dara, teringin dan bercita2 nak hasil muffin sendiri..masa tu terliur sangat tengok muffin keluaran gardenia kt TV tu...sekarang Alhamdulilah tercapai hajat yang di cita2 tu..dan agaknyalah..lg best dari yang Gardenia tu rasanya..hehehe..perasan skitkan.
Choc Chip Banana Muffin
Source : all recipe.com/ copy paste dr fp maklang.
Bahan
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula (elok kurangkan coz mklang tak letak gula, rasanya ok..tak manis sgt.)
1 st b/powder
1 st b/soda
1/2st garam
1 biji telur
1/2 cwn minyak msk
1/2 cwn plain yogurt
1st esen vanilla
1 cwn mashed ripe bananas (mklang guna 3 biji pisang lenyek)
3/4 cwn choc. chips
Cara
In a large bowl, combine tepung,gula, bpowder, bsoda dan garam. In another bowl, combine telur, minyak, yogurt and vanilla dan masukkan bhn kering tadi dan gaul. Mskkan bananas and chocolate chips. Bakar dengan suhu 170 selama 15-20'.
Nota mklang : jgnlah terlebih gaul sangat.....cukup sekadar dah sebati sumer udah le...ada nampak tepung2 skit tu takper...biarkan je..
Honey Oat Muffins
Ingredients:
1 cup flour
1 cup rolled oats
4 teaspoons baking powder
3/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon cinnamon
1/4 teaspoon nutmeg
1 tablespoon brown sugar...........gula biasa pun ok jer.
1 egg
1/4 cup honey
2/3 cup milk
1/2 teaspoon vanilla
2 tablespoons melted butter
50 grm hazelnut
Directions:
In a large bowl, combine flour, rolled oats, baking powder, salt, cinnamon,hazelnut, nutmeg and brown sugar.
In a small bowl, beat egg. Stir in honey, milk, vanilla and melted butter. Pour over the dry ingredients and stir only to moisten.
Pour batter into greased or paper lined muffin tins and bake at 375 degrees F. for 20 minutes.
My oven 170, 20 mini
Muffin Chocolate Rice
Muffin Pandan Kukus
Tuesday, March 18, 2008
Ayam Bawang puteh
Resepi nie di kongsi bersama Wa @ cendawan _liar dari forum cari..ramai forumer dh mencuba dan feedback yg di beri pun ramai yg puas hati simple lg sedap..sue pun suka..dah banyak kali try..
Ok nie resepinya..
AYAM BAWANG PUTEH
Berapa ketul bahagian Isi Ayam.
Bahan A
1 sudu sos tiram
sedikit serbuk perasa
1 sudu tepung jagung
Bahan B
10 ulas bawang putih( ketuk)
2/3 sudu sos tiram
1/2 sudu gula
sedikit air
2 sudu butter
Cara-cara
- Ayam digaul dengan Bahan A } goreng kekuningan
1.Cairkan butter dalam kuali
2.Masukkan bawang putih yang ketuk} goreng hingga sedikit kekuningan
3.Masukkan sos tiram, gula } kacau
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
5.Kacau rata
6.Boleh tambah apa saja yang kita suka seperti cili benggala dll, bole masuk sedikit air kalau tk mahu pekat.
Friday, March 14, 2008
Kari Ikan Mamak Stail.
Jarang² makan ikan kat sini, sekali dah jumpa ikan besar Ikan Merah plak tu..rasanya sesuai buat kari jerlah..nak buat sup macam kureng skit jer..al maklum ler ikan sini hanyir skit..dah basuh dengan asam bagai..tp tetap bau kuat..so, bila buat kari nie boleh ler tahan sedikit.. Ok nie resepi Kari Ikan mamak my stail ler..
KARI KEPALA IKAN MAMAK STAIL.
Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/nyuk-nyuk.
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air TINGGAL SESUDU BESAR belum dibancuh]
5 biji bendi/terung
4 biji cili hijau
1 cawan air
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
minyak
garam
Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit rempah kari belum dibancuh..gaul sekejap jer..nanti takut
hangus..kemudian masuk baki rempah kari yg dibancuh air plak,tumis agak2 sebati,kering
bercampur minyak gitu ,masukkan air( jangan banyak sngt tau .
3. Masukkan air asam jawa tadi...Masukkan 2 cili yang dibelah tengah.
4. Bila nampak nk mendidih masukkan ikan.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam serta baki cili. Biarkan naik minyak
lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa.
Thursday, March 13, 2008
D'za'tar Macaroni Goreng
Lama tak makan pasta goreng mcm nie..tak boleh selalu juga nanti muak (alasan heheh..walhal tekak melayu) yerlahkan bukan senang nk tukar or biasakan diri dengan masakan western food kan..tambahan plak letak spice pelik2 nie..oklah, sekarang dah ok skit..dan menjadi kesukaan anak juga..tryler..sedap..part mayonies tu sue suka sangat.
D’ZA'TAR MACARONI GORENG
Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni conchiglie or shell..arab tu tulis snail..geli plak snail2 nie.
12 ekor udang, dibersihkan +++++ tk letak
150 gram isi ayam
2 biji telur, +++ sengaja tk letak
sayur kubis cina
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
serbuk black paper
sos
mayonies
Bahan Tumis
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk za'tar Omputeh panggil apa ?..lupa ler plak (thyme kot)
Daun Bay
Cara-caranya
1. Panaskan secukup air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masakan. Bila air
telah mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat
dan toskan. Minyak masakan digunakan supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat
antara satu sama lain.
2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan tumis ,masa nie dah mula bau za'tar
yg harum tu...
3. Masukkan isi ayam biar sampai kering air, bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak
sehingga udang bertukar warna. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk
perasa dan black paper.
4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.
6. Sedia di hidang bersama sos dan mayonies
Subscribe to:
Posts (Atom)