Sunday, May 18, 2008

Cream Puff






Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

**..kalau nk buat kaler2...letak selepas masukkan telur..agak2 lah yer..nk 2 warna..bahagikan doh tu.**

INTI
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

**utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad

No comments: