Sunday, May 25, 2008

Nasi Pakapau




Tak pernah makan pun Nasi Pakapau nie....dalam beberapa forum khabarnya nasi nie sedap, so, kita trylah..2x dah buat tu pun rasanya lebih dari setahun..Nasi nie nama jer komesil , yang menyedapkan nasi tu , adalah resipi daging atau ayam yang di makan bersama nasi tersebut..

Menurut yang pernah makan..nasi puteh biasa , dihidang bersama telur mata kerbau dan specialnya sudah tentu daging pakapau..First try sue guna daging, sekali nie ayam, pedal skit...ermm sedap, suka jugak ler..tp rasanya menu nie lebih sesuai dengan daging..kalau ada cili padi meyengat tu sure lg terangkat..Daging pakapau, menu utama adalah daun basil @ selasih..memang nampak mcm pelik tp bila dah di masak sedap bau harum jer...

Oleh sebab dimakan dengan nasi puteh biasa, sue ubah dengan Nasi Tomyam...baru nampak macam real pakapau, di hati sue ler..hehehe..

Nasi Tomyam tu mcm biasa jer..letak kiub tomyam, ketuk serai...lain tu mcm biasa tumis bawang ltk rempah 4 serangkai, garam gula skit.

Ok sue kasi resepi Daging Pakapau jerlah yerkk, sukatan tk diseratakn resepi dari Hmetro Online..pepandai lah yerk.





Daging Pakapau

Bahan-bahan:

1) Daging atau ayam
2) Daun selasih
3) Sos tiram
4) Kacang panjang
5) Cili api
6) Bawang putih
7) Garam secukup rasa

Cara memasak:

Daging atau ayam dicincang halus. Panaskan minyak. Bawang putih dihiris halus dan kemudian ditumis. Selepas itu masukkan daging yang dicincang tadi bersama daun selasih. Apabila daging sudah empuk, masukkan sos tiram, cili api dan kacang panjang yang dipotong kecil dan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Popia Basah Dewi





Tak pasti sama ada percubaan pertama kali , atau pernah buat popia basah sebelum nie..sebab kueh nie bukan pilihan di hati sangat kecuali popia goreng yang di sira dengan sos , ditabur dengan kacang serbuk..Tapi untuk kali ini sue saja2 try..alhamdulilah untuk adunan pertama sehingga ke 4 kali tu agak tebal..lagi pun baru nk belajar biasa dengan skill..so, selepas tu baru ok skit..tklah tebal sangat..sakit jugak ler jari nie 2x buat adunan untuk habiskan inti dan sos...result dia memang best sangat, resipi dari blog kak Maisya , kalau tak silap dari Dewi fnr...sos, sue guna resepi akak Dewi jugak letak kismis..cuma Inti tu ikut jer apa yg ada kt sini, sue tumbuk ikan bilis..ermm boleh tahan.Anak2 pun suka , alamak tak cukup ler pulak.
Yang paling best sekali sudah tentu ler kalau kuali or pan tak melekatkan....yg rasa renyah pun menjadi mudah.






Popia Basah
Recipe posted by Dewi at FNR
Kulit Popiah

Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)

Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulatan dari luar dan dibawa ketengah. lebihan tepung di tarik dan buh balik dlm bancuhan tepung yg dibuat.
-tunggu hingga tepi kulit popia tu mengelupas dari kuali dan tarik keluar susun atas pinggan/ bekas.
-kulit yg dah buat tu balut dgn kain . jgn kasi kering tepi2 dia

Inti Popia
Bahan:
sengkuang dihiris
tauhu diramas
kacang panjang potong halus
taugeh
udang ( ni nak tambah crab fillet, isi ayam pun boleh)
serbuk kunyit
bawang merah-dihiris
kacang tanah-disangai dan dimesin kasar
bawang goreng

Cara:
-kacang panjang dan taugeh celur sekejap dan toskan kering.
-tumis bawang merah hingga wangi
-masukkan udang dan tauhu yg diramas , serta serbuk kunyit kacau rata.
-masukkan sengkuang dan kacau rata hingga sengkuang sedikit layu
-letak atas tapis supaya air sengkuang turun.

Sos cili
Bahan:
500gm cili kering
100 gm kurma/kismis hitam
1 cawan gula

Cara:
cili yg dimesin dan kurma (rendam dulu baru senang mesin) dimasak perlahan2 hingga pekat tambah gula kalau sos terasa terlalu pedas. ikut rasa sendiri lah kalau nak pedas atau kurang pedas ni.
*Sukatan hanya anggaran, depends on byk m ana air yg tercampur masa blend bahan2 ni.. kalau nak pekat cepat dan tak nak tambah gula byk tambahkan kismis / kurma ... cara nie kuah senang pekat. kalau cili pedas kena lah tambah gula.
Cara Menyediakan Popia:

-sapu sos atas kulit
-tabur kacang tanah yg dah di mesin
-letak sayur sengkuang dan juga taugeh & kacang panjang
-tabur bawang goreng
-gulung dan lipat
-nak tambah cili atas pun leh gak tabur lagi kacang untuk lebih umphhh
-sedia untuk di ngap.

Sunday, May 18, 2008

Nasi Kerabu Biru




Saja teringin nak makan nasi kerabu, bila nampak jer kat blog kak Maisya..hati berbungan nak cuba, ehh rasanya lam juga ler sue tak buat..nasi nie renyah sikitkan..tapi kalau hati dah terpaut kena buat nie..Bertambah leceh bila takder ikan..so, sue letak jer ikan tuna dalam tu..janji ikankan..kelapa parut pun..so, jadilah sambal nyiur..buat solok, ikan celup jer takder..ulaman tu bedal jerlah apa yg ada dalam peti..janji daun...yang paling best makan dengan keropok ikan mamasya kasi...






Nasi kerabu perantau...Ilham Myresipi, tapi ikut method sendiri jer
NASI

* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna biru
* 2-3 helai daun limau purut
* 1 btg serai-diketuk

Cara-cara

Masak nasi:-
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.


SAMBAL TUMIS

* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit..........tk ltk pun
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan...........tk ltk
* garam dan gula melaka

Sediakan sambal tumis:-
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
SAMBAL IKAN

* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

SOLOK LADA

Bahan
10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam

Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam perut ikan. gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg ditumbuk dan masukkan dalam belahan cili yg teah dipotong tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.

ULAM

* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

Hiris semua sayur dan gaul ratakan.

Bahan lain- optional

* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cream Puff






Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

**..kalau nk buat kaler2...letak selepas masukkan telur..agak2 lah yer..nk 2 warna..bahagikan doh tu.**

INTI
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

**utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad

Saturday, May 10, 2008

Serimuka Delima




Dah lama nak mencuba resepi Serimuka Delima nie..first tengok ada sagu dalam tu..yerlah nk berpagai2 sagu nie..kalau asyik makan kueh sagu jer, sure tk best juga bila ada resepi nie nampak menarik tambahan serimuka tu sedap juga sekali sekala makan dengan real pulut..selalunya sue buat guna beras Luq-luq jerk...Thnk Kak ziela yang kirim pulut dan sagu untuk sue.


Serimuka Delima.....resepi asal dari AziemasSerimuka Delima

Bahan-bahan ( 24 cm x 2inci )

* (A) 250 gm beras pulut - direndam 4 jam @ semalaman
* 150 ml santan pekat
* 150 ml air
* 1 sudu teh garam
* 5 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
* (B) 150 gm gula kastor
* 50 gm tepung kastad
* 200 ml santan pekat
* 200 ml air
* 2 biji telur - size A : dipukul rata
* Sedikit esen vanilla
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
2. Masukkan garam - gaul rata
3. Tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
4. Setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
5. Tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
6. Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
7. Masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
8. Tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
9. Kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
10. Dh pun siap..tp tunggu kuih benar2 sejuk br dipotong

** Rasa2nya sue kena kurang kan air seeekit lepas nie**

Friday, May 9, 2008

Kueh Sagu



Nikmatnya bila sampai ke tekak , apa tidaknya dah lama teringan sangat nak makan..akhirnya di makhbulkan doa..tak terminta pun..tetiba saja ada dalam senarai kak ziela..tima kasih akak..
Tak sure plak resipi saper..tp senang saja..yang penting didihkan air gula baru sagu..nanti baru masak sekata semua biji2 sagu itu..jangan lupa jirus sekejap dan tos. Ok..selamat menjamu..