Sunday, December 23, 2007
Nasi air
Sejuk2 nie sedap plak makan nasi air yang jarang2 sangat buat,tambahan plak cerewet juga nk membuatnya..walaupun nasi dimasak macam bubur jer,tapi bahan-bahan yang di makan bersama nasi air tu yg renyah sikit untuk dibuat...tp soulha still dengan resepi nie,sedappp...klu cukup bahan-bahan ,lagi ok macam soohoon goreng.
So,boleh cuba kalau yang berminat nak makan,tambah2 kalau demam tak lalu nak makan..tp kalau tak demam pun rasanya lagi over makan.
NASI AIR SIAM } Source: sitiazma (my resipi.com)
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* Nasi - dimasak sedikit lembik
* Daging - 1/2 kilo } saya guna ayam
* halia - 5 inch -ditumbuk lumat
* cili padi (hijau atau merah) - segenggam
* cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
* garam,gula sesedap rasa
* BAHAN TAMBAH } Bahan apa yang ada kat sini jer.
* ikan bilis - digoreng garing
* bawang goreng
* bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak }boleh tukar soohoon
* air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
* daun sup - dihiris halus-halus
* limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
* **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!
Thursday, December 6, 2007
Biskut Batik
Percubaan kali ke2..walaupun ramai yg kata biskut nie mudah di buat..tapi bg soulha tetap tk menjadi sngt,mcm kekawan yang lain buat..masih ingat zaman sekolah dahulu kawan soulha suka sangat bawa kek nie ke sekolah kekadang masih sejuk lagi baru keluar dari peti ais..
kalau tak silap bahan2 yg dia buat dari milo..yerlah kan dulu sukar juga nak mencari serbuk koko macam sekarang..
percubaan pertama resepi yg diperbagai dari kwn FnR..akhirnya jadi keras mungkin masa tu bahan tk berapa cukup...yang ini pula resepi sendiri..walaupun ilham dan sokongan dari member FnR..result agak tercair skit maybe tk berapa likat dah masukkan biskut,nak masak semula takut cair kesemua.
So, masuk jer dalam ice book..beku sempat ler potong bila lama mula cair..tp part tulah sedap,tambahan plak ditopping dengan oat serta serbuk koko dan parutan white coklat..dan keharuman esen rose bercampur susu coklat....manis secukup rasa hanya dari molasses...sedap mmg sedap..cubalah..
Kek Batik Sri Cairo.
Bahan-bahan :-
300 gram Biskut Marie...sukatan asal soulha 260grm
250 gram Butter
1/2 cawan Molasses
11/4 cawan susu berperisa coklat .......asal 1 3/4 cwn
4 s/b serbuk koko
1 biji telur
1 sudu kecil esen rose
4 s/b oat /kekacang.
Cara Membuat :-
Cairkan butter dgn api sederhana
Masukkan molasses, susu & serbuk koko,esen rose … kacau dgn whisk supaya adunan sebati ,masukkan telur yg dipukul sekejap terlebih dahulu, kacau lg sehingga agak pekat.
Then leh masukkan biskut marie … gaul rata dgn spatula
Masukkan dlm loyang then tekan2kan supaya rata & padat
Tabur oat @ kekacang..
Sejukkan di dalam peti.
Sedia di ngap
Tuesday, December 4, 2007
Buah Melaka
Baki tepung pulut ada skit lagi..kebetulan gula gerek ada..habiskan stok tepung buat jerlah buah melaka nie..anak2 sue excitet plak tengok buah melaka nie..yerlah macam playdoh jer..pastu golek2 atas kelapa kering plak..tk cukup..
ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
Thursday, November 29, 2007
Carrot Muffin
Time2 sejuk ni terasa lapar ler plak...nak buat kek rasa macam dah jemu ..rasa minggu lepas baru jer buat , niat dihati masih lagi nak membaking....bukan apa nak manghabiskan stok butter yg ada tk sampai 50grm tu..(terukkan mcm ler tk leh nak buat benda lain..sebenarnya nak try petitin muffin baru..)telur pun ada sebiji jer..muffin? lama tak buat muffin..tp muffin apa ler soulha ? dengan bahan sebanyak tu..coklat cocorona ada sekotak..tapi rasa sayang nk buka..lg pun dah jemu coklat2 nie..anak2 pun dah rasa mcm tk best jer..kalau selalu sangat.
Terpandang carrot ada seketul jer....lama sungguh ler carrot tu bertapa.. coklat bar dan ceri..buat kueh raya masih berbaki,masuk tenet sekejap curi idea ...hehehe..maklum ler dah tahu kalau selak buku .. mesti tk cukup bahan punya..pilih2 punya pilih boleh ler resepi muffin nie..agak mudah jg bahan dia..sebenanrya ku dah orter sekerat badan...mula2 tu tawakkal jerlah kalau bantat pun..nama pun muffinkan..rupa2nya walla, syedddap tk sangka ler plak menjadi.
Saper nak cuba boleh ler..
Carrot Muffin
Bahan2 untuk carrot muffins
Bahagian A
100gm mentega...mentega 5ogrm jer,+ sunflower oil 50ml...
100gm gula castor
Bahagian B
200 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
60 gm carrot -di sagat halus.......carrot tu sagat dpt 50grm jer..
60 gm bahan campuran kismis.............letak potongan coklat bar & white coklat bar+ cerry 2biji.
60 ml susu cair.....susu pun tkdak bancuh santan segera cukup 60ml..
2 biji telur..........1 biji jer
Cara nya
Putar bahagian A sebentar sampai sebati dan masukan
telur satu persatu dan kacau lagi, masukan tepung yang telah di ayak
bersama baking powder, kaup balikkan sampai sebati, dan akhir sekali
masukan carrot, buahan campuran dan susu segar, kacau lagi
dan bakar selama 25 hingga 30 minit dalam suhu 180 deg.
Ok nie my method yer...tidak ada alasan lg klu bahan tk cukup ....
Putar mentega dan minyak masak bersama gula sehingga sebati....masukkan telur pukul lg dng speed yang rendah je..masukan tepung yang telah di ayak bersama baking powder, kaup balikkan sampai sebati..masukka carrot,coklat2 bar tadi cerry yg dipotong dadu dan santan segera (rupanya masuk santan segera nie..lg sedap dari susu..bau pun wangai jer.)
kacau lagi oopppss..satu lg sy letak 20gram oat ..supaya seimbang dng carrot yg tk cukup dan telur sebiji jer tadi..kuang2 kuang..
Sebelum bakar soulha letak lebihan coklat2 yg disagat..(sbb sini ssh nk dpt coklat chip)
Bakar selama 25 minit..suhu oven saya 170 deg shj.
Friday, November 23, 2007
Sotong Sumbat Lemak Kunyit
Kat otak dok imejin nak buat ketupat sotong dulu….sbb besar dan masih segar..kebetulan nak habiskan skit pulut dah nak tercampur bubuk tu,masuk skit luq-luq….last2 tercancel,”asil iswid” plak habis..timbul idea sotong sumbat lemak kunyit..daun kunyit frozen yg masih berbau tu ada..sayang juga kalau tk guna.
Huh sedapnya,harum bau pulut tu..mulalah rindu ketupat sotong versi my Mother-In-Law (MIL)
Sotong Sumbat Lemak Kunyit
Bahan-Bahan:
300 gm sotong
3 sudu besar cili…..saya tumbuk kasar2 cili kering
1 cawan pulut
1 biji kelapa (diambil santan)
3 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 kunyit hidup…saya guna 1/2 sk serbuk kunyit
2 biji buah keras
Serbuk perasa dan garam serta gula secukupnya.
Lidi,Daun Kunyit racik halus
Cara-Cara:
Tanakkan pulut dahulu. Kemudian sumbat ke dalam sotong. Tutup dengan lidi. Mesin halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus. Masukkan santan dan seterusnya bahan-bahan yang dimesin tadi. Masak di atas api yang perlahan. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENJAMU BERSELERA
Wednesday, November 21, 2007
Lemon Rosemarry Chicken Grill
Sekali sekala nak mencuba western food,kali ni cuba resepi dari laman Koleksi Resepi Pilihan Diana-Under thread ayam.LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL.Tengok resepinya very2 sempoi..bila dicuba ternyata betoi2 sedap.
Kebetulan Rosemarry fresh murah plak tu..beli kt Metro,zid zaitun pun masih ok,resepi asal dari "The Naked Chef'c-Jamie Oliver."Bila ayam tu dibakar harum satu rumah...........x rugi kalau ingin mencuba satu kelainan..tp awas !! hanya betoi2 yang nak ready western foodlah.
LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL
1 ekor ayam sederhana besar
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4
Cara Membuatnya
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon yang telah direbus tadi dicucuk-cucuk dengan garfu dan disumbat ke dalam perut ayam.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180?c selama 1 jam tau sehingga masak.
Hidangkan. Seekor ayam tu boleh bahagi 4 macam kat Kenny Rogers tu.
Rosemarry Segar
Ayam kita potong jer..nie kira nk cepat ler..and angin M datang sama..kanak rebina pun
ramai,tp still masih sedap lg.
Tak letak kentang kehabisan, cuma baby carrot jer..saja + sebiji 2 tomato kebetulan
ada..lg pun sy suka tomato grill nie..mcm firaj mashwi tu..potong jg carot letak sekeliling
ayam tu supaya nampak lagi meriah…
lemon sy tk sumbat camner nak sumbatkan dh kena potong ayam tu..sy cuma perah jus
jerlah..perap sekali dengan ayam tambah balck paper..rasanya mat jimmy nie suka gak
black pepar nie selain trademark “oliver” dia…agaknya dlm resepi nie dia terlupa kot..
Result!!..meeemanggg sedap ayam nie dan best baunya ….…..
Sunday, September 30, 2007
Bubur Cha2
Teringin sangat nak makan bubur caca nie..seingat lama sungguh tak makan..kebetulan dok sekodeng kt blog kak maisya , tertengok homemade bubur nie..cuba PM maisya minta resepi kebetulan resepi nie pun hasil dari surfing satu FP..so, kita pun try,alhamdulilah menjadi jg..cuma ada sedikit tambahan dari resepi kak maisya pastu kita pepandai sendiri tambah ikut citarasa….suka benar kanak2 rebina rumah nie..tambah2 calourfull gitu..tkder sukatan yang betul diberi agak2 sendiri yer..
BUBUR CACA @ CHA-CHA,CHA
Air Ikut Lembut
Air kapur } Adunan Kenyal
Pewarna
Garam
Cara Membuat Kuah
Santan
Gula
Gula Merah} sini xder gula merah saya guna molasses @ asal iswid
Daun Pandan} daun pandan sy tu frozem mari sbb tu ada itam skit :)
Tepung Jagung } Ikut suka kalau mahukan kuah pekat
Garam
Masuk tepung didalam bekas,masukkan air kapur dan sedikit garam..uli agak2 lembut ,bahagikan kepada beberapa adunan mengikut berapa warna pilihan,setiap adunan masukkan pewarna, uli sehingga pewarna sebati dengan tepung..buat sehingga habis.
Ambil satu adunan gelek nipis dan potong kecil2..jangan terlalu tebal dan besar nanti adunan
akan mengembang didalam kuah..kalau besaq2kan tak lalu makan lain pulak di imejinnya.
Boleh juga kepal satu adunan pastu gunting halus2..saya buat cam gini..yang penting adunan tu kena selalu salut dengan tepung..begitu jg dengan adunan yang telah digunting..supaya nanti x melekat antara satu sama lain…
Dah selesai…atau sebelum selesai didihkan air..setelah didih boleh masukkan adunan yg dipotong tadi..sekejap saja..nie supaya adunan agak kental,boleh juga kalau tak nak..terus jer masukkan santan.
pastu gula,dan garam..letak daun pandan,nak pekat masukkan 2sudu besar tepung jagung yang dibancuh air terlebih dahulu.
P/s..Kalau tak nak didih air,boleh juga keringkan tepung yang sudah dicanai tadi didalam kuali sebelm digunting..