Tuesday, December 4, 2007

Buah Melaka



Baki tepung pulut ada skit lagi..kebetulan gula gerek ada..habiskan stok tepung buat jerlah buah melaka nie..anak2 sue excitet plak tengok buah melaka nie..yerlah macam playdoh jer..pastu golek2 atas kelapa kering plak..tk cukup..





ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

No comments: