Tuesday, January 29, 2008

Apam Starwberry



Dah lama AIM dengan apam nie dari fp kak yah..feedback dari teman2 Fp ramai yang kata sedap,kebetulan jem strawberry homemade hari tu ada lg..result memang sedap lembut jer..maybe penggunaan ovellate..makan plain pun sedap,letak jem nak kasi meriah seronok tengok anak2 makan tambah2 calourfull gitu.









APAM STRAWBERRY

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry
pewarna yg disukai.

Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai
6. Masukkan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 10-15 minit.

Monday, January 28, 2008

Tepung Bancuhan Pisang





Kat Mesir nie nak makan pisang goreng, memamg susah skit..walaupun pisangnya banyak..tp sejenis jer , kalau tk silap namanya pisang Berangan..tapi ada juga kata tak sama dengan pisang berangan di tempat lain..lebih kepada nama Banana Egypitian..tak kisah ler nama apa?..yang penting Pisang goreng kat Malaysia juga yang sedapnya..
Oleh sebab pisang ini kurang sesuai di buat goreng..salah satu sebabnya, agak berminyak apabila digoreng, bila sue tengok ada satu website cara nak buat batter guna pisang nie..so, apalagi menjadi2 ler time hujan² nie..ok siap...






tepung naik sendiri 1/2 cawan
tepung jagung 1/2 cawan
1/2 cawan plain flour
1 sd besar minyak masak
1 sd besar gula
1/3 sd teh garam
1/2 sd teh serbuk kunyit
air dalam 1 1/2 cawan (agak2 la macam buat batter goreng pisang)..

pukul dengan whisk bahan2 nih hingga licin dan celup pisang berangan yg dah di potong
dua...goreng hingga garing...

Friday, January 25, 2008

Hati Lembu Masak Arab




Puas juga memikir nak masak apa ler hati lembu,hasil surfing jumpa satu resepi dari fp zanaz70..ermm ok juga sedap,simple jer..soulha tambah 2 biji tomato segar diblader...sllunya masakan arab memang tak tinggal punya tomato nie..tapi cara arab masak diorang jarang blander tomato buah,cuma cari yang agak ranum dan letak awal skit keteka masak reneh tomato tu sampai dia lumat sendiri dan selalu gaul tekan2 kasi dia hancur dan masak bersama daging...soulha letak jg santan pekat.

Result resepi memang kena citara my family..kena masuk list bila perlu. Copy paste jer dari fp zanaz70..


HATI LEMBU MASAK ARAB

1/2 kati hati lembu - dipotong ikut kesukaan
2 sdb rempah kari ayam/daging
1 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 sdt jintan manis - serbuk pun ok
1 sdt jintan putih - serbuk pun ok
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
sedikit santan jika mau
garam n gula ikut citarasa.

Hati dipotong dan dibersihkan. kemudian taruk garam kunyit and goreng sebentar.

Seme bahan di atas masuk dlm blender dan diblend halus. tumis seme bahan yang diblend tadi hingga naik bau/garing. then masukkan hati dan santan. perasakan dgn garam dan gula then biar didih dan kuah agak pekat pastu tutup le api...sedia utk di makan.

niway ku taruk extra bahan sikit...which is tomato tak kira le samada tomato segar diblend skali or tomato sos semasa menumis rempah. santan selalunya tak guna pun hehehe.

Cucah roti pun sedap.

Friday, January 18, 2008

Daging Goreng Telur




Best sangat resepi dari achik yaya dari forum cari..resepi asal guna isi ayam..saja nak buat kelainan..lagi pun dah pernah cuba dengan isi ayam..memang sedap ..kalau tak salah sue, masakan nie feberet kerabat Brunai..walahualam.


DAGING GORENG TELUR
source by achik_yaya

Code:
1 mangkuk isi Ayam/Daging
2-3 biji telur
10-15 biji cili padi -hiris halus
1 labu bawang besar
3 biji bawang puteh
1 sudu kecil minyak bijan
kicap sos tiram
gula/ garam - agak2

Tumis bawang besar,bawang puteh dan cili padi
Masukkan isi ayam,kalau daging potong nipis2,goreng sehingga air ayam kering,boleh
masukkan kicap sos,tiram,minyak bijan
Last masuk telur yg pukul terlebih dahulu.

p/s..last tu sy letak bawang besar potong bulat..guna cili kering jer sini tkder cili padi..tk letak
minyak bijan tk suka,pastu letak skit lada hitam..suka msk lada nie dlm masakan..selain
harum pedas2 manja gitu.

Wednesday, January 16, 2008

American Chocolate Cake




Banyak² kek coklat versi nie yang paling sue suka, tak tahu ler kenapa ?maybe masa makan tu tak terasa muak..sue bukan pencinta kek coklat..tapi untuk kek ini.ermm marbeles..




AMERICAN CHOCOLATE CAKE

Code:
Ingredients:Cake :

165 gr butter, pukul hingga lembut
300 gr gula castor
2 sdt essens vanila
3 btr telur
65 gr tepung self raising
200 gr tepung gandum
1 sdt sodabikarbonat
70 gr coklat serbuk
250 ml susu cair

Ganache:
100 gr whippy cream +200 ml air ais, mix sehingga kental
500 gr dark cooking chocolate, double boil

Bahan
200 ml air panas
1 sdt kopi instan
50 gr gula pasir

Directions:
Cake :
1. Panaskan oven dengan suhu 180 celcius, sapu loyang dengan butter lalu tutup dengan kertas roti - ukura loyang diameter 20cm.
2. Pukul butter hingga lembut, tambahkan gula kastor dan essens vanilla pukul hingga mengembang.
3. Tambahkan telur satu persatu sambil dipukul terus hingga kembali mengembang (light and fluffy).
4. Ayak tepung dan tepung gandum serta soda dan coklat serbuk lalu tuang ke adonan telur dan aduk rata.
5. Tuang susu cair dan aduk rata.
6. Bakar

Ganache:
Campurkan coklat cair yang masih panas ke whip cream lalu aduk rata biar agak sejuk sedikit suhu bilik.Jangan dimasukan ke petiais.

Syrup kopi:
Campur kopi,air dan gula aduk hingga rata saat air sudah suam kuku.

Penyelesaian :
1. Pastikan cake dalam keadaan dingin sebelum dihias, belah cake menjadi 3 bagian.
2. Lapisan pertama basahi dengan bahan cipratan lalu oles ganache tutup dengan cake lalu lakukan kembali seperti diatas hingga cake terakhir selesai ditumpuk (3 lapisan).
3. Bagian akhir, basahi bagian atas cake dengan bahan cipratan lalu siram dengan sisa ganache ratakan dan hias sesuai selera, lalu dinginkan dalam petiais.