Sunday, December 23, 2007
Nasi air
Sejuk2 nie sedap plak makan nasi air yang jarang2 sangat buat,tambahan plak cerewet juga nk membuatnya..walaupun nasi dimasak macam bubur jer,tapi bahan-bahan yang di makan bersama nasi air tu yg renyah sikit untuk dibuat...tp soulha still dengan resepi nie,sedappp...klu cukup bahan-bahan ,lagi ok macam soohoon goreng.
So,boleh cuba kalau yang berminat nak makan,tambah2 kalau demam tak lalu nak makan..tp kalau tak demam pun rasanya lagi over makan.
NASI AIR SIAM } Source: sitiazma (my resipi.com)
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* Nasi - dimasak sedikit lembik
* Daging - 1/2 kilo } saya guna ayam
* halia - 5 inch -ditumbuk lumat
* cili padi (hijau atau merah) - segenggam
* cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
* garam,gula sesedap rasa
* BAHAN TAMBAH } Bahan apa yang ada kat sini jer.
* ikan bilis - digoreng garing
* bawang goreng
* bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak }boleh tukar soohoon
* air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
* daun sup - dihiris halus-halus
* limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
* **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!
Thursday, December 6, 2007
Biskut Batik
Percubaan kali ke2..walaupun ramai yg kata biskut nie mudah di buat..tapi bg soulha tetap tk menjadi sngt,mcm kekawan yang lain buat..masih ingat zaman sekolah dahulu kawan soulha suka sangat bawa kek nie ke sekolah kekadang masih sejuk lagi baru keluar dari peti ais..
kalau tak silap bahan2 yg dia buat dari milo..yerlah kan dulu sukar juga nak mencari serbuk koko macam sekarang..
percubaan pertama resepi yg diperbagai dari kwn FnR..akhirnya jadi keras mungkin masa tu bahan tk berapa cukup...yang ini pula resepi sendiri..walaupun ilham dan sokongan dari member FnR..result agak tercair skit maybe tk berapa likat dah masukkan biskut,nak masak semula takut cair kesemua.
So, masuk jer dalam ice book..beku sempat ler potong bila lama mula cair..tp part tulah sedap,tambahan plak ditopping dengan oat serta serbuk koko dan parutan white coklat..dan keharuman esen rose bercampur susu coklat....manis secukup rasa hanya dari molasses...sedap mmg sedap..cubalah..
Kek Batik Sri Cairo.
Bahan-bahan :-
300 gram Biskut Marie...sukatan asal soulha 260grm
250 gram Butter
1/2 cawan Molasses
11/4 cawan susu berperisa coklat .......asal 1 3/4 cwn
4 s/b serbuk koko
1 biji telur
1 sudu kecil esen rose
4 s/b oat /kekacang.
Cara Membuat :-
Cairkan butter dgn api sederhana
Masukkan molasses, susu & serbuk koko,esen rose … kacau dgn whisk supaya adunan sebati ,masukkan telur yg dipukul sekejap terlebih dahulu, kacau lg sehingga agak pekat.
Then leh masukkan biskut marie … gaul rata dgn spatula
Masukkan dlm loyang then tekan2kan supaya rata & padat
Tabur oat @ kekacang..
Sejukkan di dalam peti.
Sedia di ngap
Tuesday, December 4, 2007
Buah Melaka
Baki tepung pulut ada skit lagi..kebetulan gula gerek ada..habiskan stok tepung buat jerlah buah melaka nie..anak2 sue excitet plak tengok buah melaka nie..yerlah macam playdoh jer..pastu golek2 atas kelapa kering plak..tk cukup..
ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)