Saturday, April 3, 2010

Wholemeal Sosej Bread




Sebenarnya tak tahu nak letak citer per dalam ni..oleh sebab ada kawan-kawan yang menjejak sampai ke sini dan ber ym dengan sue minta teruskan update blog nie..jadi dengan rela hati terpujuklah untuk updatekan untuk hari ini. Maaflah yer kalau blog nie jadi sunyi kembali..apapun sue akan cuba..mungkin kiranya kalau takder apa yg fresh untuk di paparkan sue angkut jer "perabot" dari rumah lama ke sini.Almaklumlah untuk mengtesting dan mengexpreriment masakan sekarang ini rasanya dah hilang selera kot..hehehe..ini kerana semua peralatanku dah masuk kotak tunggu saat melangkah jer belum2 lagi.

Apa2pun layan jerlah pic roti ini sebab sue suka sangat apa yg berkaitan dengan roti..jadi untuk N3 kali ini dan atas permintaan yati ai perkenankanlah blog ini di updatekan.

Roti sosej ini sue guna tepung wholemeal..suka sangat roti jenis ginikan..anak2 pun suka rupa ala2 macam kat kedai..jadi bolehlah cuba bagi yang berminat nak buat pun senang jer sue guna resipi roti dari fp kak liza.



Resipi Asal Kak Hanieliza

Bahan A :

500g tepung wholemeal ++++ 250grm
25g susu tepung +++++ x letak
50g gula +++ setenga sudu besar
10g yis kering ++++ 6 grm
1 sudu kecil pelembut roti +++++ tk letak
1 biji telur 1 biji
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :

250ml air (suam) +++++ 125ml
75g majerin +++ 35

Bahan C : Sosej

Cara Membuat :

1. Campurkan semua bahan dalam A ke dalam mangkuk pengadun.
2. Hidupkan mixer dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan hingga adunan kelihatan melekat sesama sendiri.
3. Masukkan majerin dan terus menguli sehingga doh yang lembut dan licin terhasil.
4. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Bungkuskan mangkuk berisi doh dengan beg plastik yang bersih dan biarkan doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada bebola seberat 50g.
6.Ambil sebiji doh lilit pada sosej atau bentuk ikut citarasa.
7. Biarkan doh naik untuk selama lebih kurang 20 minit.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C sehingga masak atau berwarna keperangan.
9. Sebaik keluar dari ketuhar, sapukan dengan majerin untuk menghasilkan doh yang lembut dan berkilat.