Tuesday, May 18, 2010

Award Pink



Salam semua..adusslah dah mula merosot angin nak update kat sini..agak kebizian melanda....oklah sebagai tanda penghargan dari blog maisya yang beri award apron pink yang comel ni..gagahi untuk update..sue ada letak kt blog satu lagi, sebab tumpuan banyak kat sana..oleh sebab blog ini ada gak di folow dan di bloglist.. kesian tercorot kat bawah nun sana...he3.

Ok untuk award pro masak ..adus lah rasa segan plak bunyi pro2 ini..oklah tak baik rendah dirikan thinking positif pro untuk masakan keluarga family bolehlah gitukan. Award yang di datangkan dengan homework sekali


JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

1. Ayam Masak Ketumbar ( family favourite )
2. Sup Homemade or apa2 yang berkait jenis air ini ( selain senang feberet boss)
3. Kari dan sambal tumis ( macam tak sah kalau x dak )

PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

1. Tiramisu
2. Pudding koktail
3. Triffle

JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

1. Choccolate Chips
2. Biskut Arab/makmour
3. Tart


Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....

Rasanya ramai dah yang dapatkan...lagipun jarang-jarang update blog ni..kesian plak mungkin ada yang tak sudi tak lalu nak jenguk sini..pepun bg yang sudi hadirkan diri tu..ribuan terima kasih..

Tuesday, May 4, 2010

Kerabu Tomato dan Ikan Bilis




Salam semua..semoga dalam rahmat Allah Swt selalu...hari ini sue nk kongsi resipi kerabu mudah dan best sangat..specialy yang berada di Mesirlah yer..kalau yang kt Malaysia surelah boleh buat macam-macam jenis kerabu atau urap ini..

Sebab anak-anak sue suka sangat tomato mentah tu..kadang diorang nie makan macam buah epal jer..he3..ikutlah kan tomato sini murah jer..kadang2 belonggok2 jatuh macam takda harga jer.Oklah sebelum melalut jauh kelaut kita tengok gambar dan citer di sebalik gambar ini.

Resipi ni dah lama dan ramai yang mencuba ,resipi dari mamazieza..bukan jer mudah tp sedap sangat.Stok ikan bilis yang berbaki dan sue ganti serai dengan lengkuas fresh kawan kasi.
Kadang-kadang takde stock bilis , sue goreng jer sardin dalam tin tu..kemudian tumbuk..wah menjadi jg..best tau ..Opps gambar tempurung kelapa tu anak-anak yang suh letak teruja tengok tempurung..ok gak lah kenangan di bumi Mesir kelapa sebiji kat L.E 10. Hampir sama dengan harga sebijik pyrex..he3.




Kerabu Tomato dan Ikan Bilis

Sumber : mamazieza

Bahan :
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi - dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris
Jus Limau Nipis

Cara :
Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau..

Saturday, May 1, 2010

Sayur Bening Mulukiah



Salam semua..terasa bersalah sangat kalau tidak luangkan sedikit masa kat sini..kebetulan dalam statitik kat laman sue satu lagi rupanya ramai pengunjung yang sudi menyinggah ke sini..ralat lerkan tak der hidangan yang baru untuk tatapan semua...

Oklah Jumaat lepas dah bertukar jam, bermakna dah masuk musim panas..teringat kat Kmal dalam shout box kt laman sofieyya bertanyakan tentang sayur mulukiah ini..Apa kena mengena dengan musim panas plak ?..hehe..Sebenarnya sayur mulukiah ini hanya ada musin panas jer..Ingat ada sekali tu pergi kedai sayur tanya pak arab sarbaneh @ bayam ..time tu musim panas dia cakap mana ada sarbaneh musim ni..mulukiah adalah..hehehe...tp kejadian ni lama dah ler....kalau semalam masih blurr ..teruklah kan dok mesir punyalah lama sayur bermusim pun tak tau..tp oklah sekarang ni apa nak kisahkan dah moden mana ada musim2 dah..

Oklah melalutlah plak..sebelum tu nak tanya gak Kak Amal..manalah maknya dapat benih mulukiah nie....katanya mak dia pernah tanam dulu..huh dasyat tu ..ingatkan kt Mesir jer ada, ker sue jer yang tak tau....tapi tanam pun rasanya leh jer hidupkan..sebab sesuai jer tanaman untuk musim panas ni..oklah apa kata kita tengok sayur ini dulu...


Sebenarnya batang sayur nie kecil-kecil halus macam lidi tu..kalau beli kat pasar or kedai sayur diorang jual seberkas sekali dengan akar2 macam baru lepas cabut dan jual kilo2 sekali dengan tanah2 dia timbang..hehe perkara biasa jer..kalau beli kt standard punya tempat dia dan pangkal tinggal daun jer....daun nie di cop2 dengan cutter..sehingga halus kemudian dibuat sup..

Pernah sekali makan sup sayur mulukiah ini dengan daging arnab....sedap jugalah isteri guru sue buatkan...tp tak berani plak kita nak try buat cam tu..so, sue masak ala bening jerlah..ermm sebelum terlupa sayur ini belendir skit tau, ala-ala bendi macam tu..

Sayur mulukiah ini elok sangat untuk sesiapa yang mengidap hypetitis B..untuk pengetahuan penyakit ini jarang berlaku kat negara arab ..dari pengalaman sue ....ada beberapa orang teman yang terkana juga jangkitan dan tanda2 demam kuning terpaksa dibawa pulang ke Malaysia buat rawatan susulan di negara sendiri....katanya di sini takder kepakaran sebab jarang2 sekali berlaku.. ini semua berlaku sekitar awal 2000lah mungkin sekarang.? Wallahualam...

Masa sue pulang buat rawatan kat Malaysia..ada yang sarankan supaya makan bendi or sayur yang belendir untuk turunkan kekuningan kt badan..Alhamdulilah memang ada kesannya....

So, adakah kerana pak arab selalu makan mulukiah maka jarang-jaranglah kot diorng di jangkiti penyakit ini......4 orang anak sue yang lahir sini..Alhamdulilah semuanya tak ada "Jaundice" lepas lahir..kecuali yang lahir kat Malaysia sorang tu..tapi tak lah lama seminggu jer...so, adakah fakta ini di kira betul..he3 ..wallahualam..

Fuh berjela2..ni malas kalau start menulis, ada2 jer sue niekan dah lari dari tajuk asal..ok kita tengok jerlah sayur lam periuk..malas ler plak nak snap cun2 macam dulu...resipi pun macam malu jer nak kasi...layan jerlah yer...