Tuesday, May 18, 2010

Award Pink



Salam semua..adusslah dah mula merosot angin nak update kat sini..agak kebizian melanda....oklah sebagai tanda penghargan dari blog maisya yang beri award apron pink yang comel ni..gagahi untuk update..sue ada letak kt blog satu lagi, sebab tumpuan banyak kat sana..oleh sebab blog ini ada gak di folow dan di bloglist.. kesian tercorot kat bawah nun sana...he3.

Ok untuk award pro masak ..adus lah rasa segan plak bunyi pro2 ini..oklah tak baik rendah dirikan thinking positif pro untuk masakan keluarga family bolehlah gitukan. Award yang di datangkan dengan homework sekali


JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

1. Ayam Masak Ketumbar ( family favourite )
2. Sup Homemade or apa2 yang berkait jenis air ini ( selain senang feberet boss)
3. Kari dan sambal tumis ( macam tak sah kalau x dak )

PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

1. Tiramisu
2. Pudding koktail
3. Triffle

JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

1. Choccolate Chips
2. Biskut Arab/makmour
3. Tart


Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....

Rasanya ramai dah yang dapatkan...lagipun jarang-jarang update blog ni..kesian plak mungkin ada yang tak sudi tak lalu nak jenguk sini..pepun bg yang sudi hadirkan diri tu..ribuan terima kasih..

Tuesday, May 4, 2010

Kerabu Tomato dan Ikan Bilis




Salam semua..semoga dalam rahmat Allah Swt selalu...hari ini sue nk kongsi resipi kerabu mudah dan best sangat..specialy yang berada di Mesirlah yer..kalau yang kt Malaysia surelah boleh buat macam-macam jenis kerabu atau urap ini..

Sebab anak-anak sue suka sangat tomato mentah tu..kadang diorang nie makan macam buah epal jer..he3..ikutlah kan tomato sini murah jer..kadang2 belonggok2 jatuh macam takda harga jer.Oklah sebelum melalut jauh kelaut kita tengok gambar dan citer di sebalik gambar ini.

Resipi ni dah lama dan ramai yang mencuba ,resipi dari mamazieza..bukan jer mudah tp sedap sangat.Stok ikan bilis yang berbaki dan sue ganti serai dengan lengkuas fresh kawan kasi.
Kadang-kadang takde stock bilis , sue goreng jer sardin dalam tin tu..kemudian tumbuk..wah menjadi jg..best tau ..Opps gambar tempurung kelapa tu anak-anak yang suh letak teruja tengok tempurung..ok gak lah kenangan di bumi Mesir kelapa sebiji kat L.E 10. Hampir sama dengan harga sebijik pyrex..he3.




Kerabu Tomato dan Ikan Bilis

Sumber : mamazieza

Bahan :
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi - dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris
Jus Limau Nipis

Cara :
Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau..

Saturday, May 1, 2010

Sayur Bening Mulukiah



Salam semua..terasa bersalah sangat kalau tidak luangkan sedikit masa kat sini..kebetulan dalam statitik kat laman sue satu lagi rupanya ramai pengunjung yang sudi menyinggah ke sini..ralat lerkan tak der hidangan yang baru untuk tatapan semua...

Oklah Jumaat lepas dah bertukar jam, bermakna dah masuk musim panas..teringat kat Kmal dalam shout box kt laman sofieyya bertanyakan tentang sayur mulukiah ini..Apa kena mengena dengan musim panas plak ?..hehe..Sebenarnya sayur mulukiah ini hanya ada musin panas jer..Ingat ada sekali tu pergi kedai sayur tanya pak arab sarbaneh @ bayam ..time tu musim panas dia cakap mana ada sarbaneh musim ni..mulukiah adalah..hehehe...tp kejadian ni lama dah ler....kalau semalam masih blurr ..teruklah kan dok mesir punyalah lama sayur bermusim pun tak tau..tp oklah sekarang ni apa nak kisahkan dah moden mana ada musim2 dah..

Oklah melalutlah plak..sebelum tu nak tanya gak Kak Amal..manalah maknya dapat benih mulukiah nie....katanya mak dia pernah tanam dulu..huh dasyat tu ..ingatkan kt Mesir jer ada, ker sue jer yang tak tau....tapi tanam pun rasanya leh jer hidupkan..sebab sesuai jer tanaman untuk musim panas ni..oklah apa kata kita tengok sayur ini dulu...


Sebenarnya batang sayur nie kecil-kecil halus macam lidi tu..kalau beli kat pasar or kedai sayur diorang jual seberkas sekali dengan akar2 macam baru lepas cabut dan jual kilo2 sekali dengan tanah2 dia timbang..hehe perkara biasa jer..kalau beli kt standard punya tempat dia dan pangkal tinggal daun jer....daun nie di cop2 dengan cutter..sehingga halus kemudian dibuat sup..

Pernah sekali makan sup sayur mulukiah ini dengan daging arnab....sedap jugalah isteri guru sue buatkan...tp tak berani plak kita nak try buat cam tu..so, sue masak ala bening jerlah..ermm sebelum terlupa sayur ini belendir skit tau, ala-ala bendi macam tu..

Sayur mulukiah ini elok sangat untuk sesiapa yang mengidap hypetitis B..untuk pengetahuan penyakit ini jarang berlaku kat negara arab ..dari pengalaman sue ....ada beberapa orang teman yang terkana juga jangkitan dan tanda2 demam kuning terpaksa dibawa pulang ke Malaysia buat rawatan susulan di negara sendiri....katanya di sini takder kepakaran sebab jarang2 sekali berlaku.. ini semua berlaku sekitar awal 2000lah mungkin sekarang.? Wallahualam...

Masa sue pulang buat rawatan kat Malaysia..ada yang sarankan supaya makan bendi or sayur yang belendir untuk turunkan kekuningan kt badan..Alhamdulilah memang ada kesannya....

So, adakah kerana pak arab selalu makan mulukiah maka jarang-jaranglah kot diorng di jangkiti penyakit ini......4 orang anak sue yang lahir sini..Alhamdulilah semuanya tak ada "Jaundice" lepas lahir..kecuali yang lahir kat Malaysia sorang tu..tapi tak lah lama seminggu jer...so, adakah fakta ini di kira betul..he3 ..wallahualam..

Fuh berjela2..ni malas kalau start menulis, ada2 jer sue niekan dah lari dari tajuk asal..ok kita tengok jerlah sayur lam periuk..malas ler plak nak snap cun2 macam dulu...resipi pun macam malu jer nak kasi...layan jerlah yer...

Saturday, April 3, 2010

Wholemeal Sosej Bread




Sebenarnya tak tahu nak letak citer per dalam ni..oleh sebab ada kawan-kawan yang menjejak sampai ke sini dan ber ym dengan sue minta teruskan update blog nie..jadi dengan rela hati terpujuklah untuk updatekan untuk hari ini. Maaflah yer kalau blog nie jadi sunyi kembali..apapun sue akan cuba..mungkin kiranya kalau takder apa yg fresh untuk di paparkan sue angkut jer "perabot" dari rumah lama ke sini.Almaklumlah untuk mengtesting dan mengexpreriment masakan sekarang ini rasanya dah hilang selera kot..hehehe..ini kerana semua peralatanku dah masuk kotak tunggu saat melangkah jer belum2 lagi.

Apa2pun layan jerlah pic roti ini sebab sue suka sangat apa yg berkaitan dengan roti..jadi untuk N3 kali ini dan atas permintaan yati ai perkenankanlah blog ini di updatekan.

Roti sosej ini sue guna tepung wholemeal..suka sangat roti jenis ginikan..anak2 pun suka rupa ala2 macam kat kedai..jadi bolehlah cuba bagi yang berminat nak buat pun senang jer sue guna resipi roti dari fp kak liza.



Resipi Asal Kak Hanieliza

Bahan A :

500g tepung wholemeal ++++ 250grm
25g susu tepung +++++ x letak
50g gula +++ setenga sudu besar
10g yis kering ++++ 6 grm
1 sudu kecil pelembut roti +++++ tk letak
1 biji telur 1 biji
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :

250ml air (suam) +++++ 125ml
75g majerin +++ 35

Bahan C : Sosej

Cara Membuat :

1. Campurkan semua bahan dalam A ke dalam mangkuk pengadun.
2. Hidupkan mixer dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan hingga adunan kelihatan melekat sesama sendiri.
3. Masukkan majerin dan terus menguli sehingga doh yang lembut dan licin terhasil.
4. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Bungkuskan mangkuk berisi doh dengan beg plastik yang bersih dan biarkan doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada bebola seberat 50g.
6.Ambil sebiji doh lilit pada sosej atau bentuk ikut citarasa.
7. Biarkan doh naik untuk selama lebih kurang 20 minit.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C sehingga masak atau berwarna keperangan.
9. Sebaik keluar dari ketuhar, sapukan dengan majerin untuk menghasilkan doh yang lembut dan berkilat.



Saturday, March 13, 2010

Kueh Abuk-abuk




Dapat sagu rezeki kawan bagi ...kebetulan lama sangat dah berhajat nk makan kueh abuk-abuk ..tapi versi sendirilah..nak buat camner daun pisang takde..kira reka sendirilah..still oklah dengan bangganya...

klu sebelah utara, abuk-abuk nie@ kueh tepung gomok ..tp kalau kueh abuk2 versi sagu nie belum pernah tengok dan makan...


Monday, March 8, 2010

Craker Bread




Sekian lama surfing mencari resipi Biskut Cracker nie..akhirnya tertunai jugak ler hajat nan satu nie..bila angin rajin datang..tak kira ler persediaan tu..tengok2 ada jer barang yang terkurang, tp no hal lerkan bila angin rajin datang...tapi sekerat jerlah bila ribut datang tengah2..tak kuasa dah nak roll nipis2.




Cracker bread

Recipe for 100 crackers:.......klu ikut yg dlm resepi maybe kot..tp sue buat standart mcm selalu..bnyk gak ler 2x makan, kenyang kembang cicah kopi

* 3 cups Stronghold flour }.tepung biasa kt sini jer..strong ker tk tau ler.
* 1/2 ts Salt
* 2 ts Baking powder } ltk d. baking, yg biasa habiss...rasanya tu sbb tk berapa crak.
* 3/4 cup water
* 1/4 cup Melted butter } ltk olive, jer....time nk buat tngk butter dh clear..

Into a medium bowl measure the flour, salt and baking powder. In a small bowl, emulsify with a fork, the water and melted butter. Combine the liquid and dry ingredients well with a fork, then let the dough rest to absorb moisture.
Lightly flour a rolling pin. Roll the dough out into a 22- by 14-inch rectangle, about 1/16-inch thick. Using a fork, prick the dough all over to release trapped air and keep the dough flat. With a pizza wheel or sharp knife, cut the dough into 2-inch squares or other shapes, or cut shapes with a 2-inch cookie cutter.
Using a spatula, transfer the crackers to the prepared baking sheets. Bake until the crackers are light brown and firm to the touch, 15 to 20 minutes, switching the positions of the sheets halfway through the baking time. When the first two sheets are finished, remove them, and bake the third one as directed. Cool completely.




Creamcraker

1 cup flour
1 tbsp sugar
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
2 cups quick rolled oats
1/2 cup softened butter
1/2 cup milk

sift dry ingredients together;
cut in butter thoroughly ( I did this all in my food processor);
gradually add milk until dough is formed;
roll dough on lightly floured surface to 1/8 thickness; (I let mine chill in the fridge a couple of hours before rolling)
place on greased baking sheet at 375 for 12-15 minutes or until slightly browned; (i rolled out the dough and cut into circles using a small wine glass, and re-rolled scraps...

Sunday, January 3, 2010

KEK COKLAT TANPA TELUR



Kes telur mahai sangat sekarang nie..rasa mmg mcm tk lojik telur sebiji tambah 25sen lagi cukup 1 geneh..duit mesir 25sen nilai yg paling kecil sekarang nie...

So, teringin nak makan jgk kek, terciptalah kek yg sedap kononnya untuk sehat tanpa telur..tapi tabur kacang tk ingat yg "dos"nya sama jer dengan dos telur...he3

Copy and paste jer dari rumah rinchan.


Sumber : Resipi Sihat Pilihan Bijak
Bahan A:
- Ayak kesemua bahan di bawah.
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
2 canca teh baking powder
1 camca teh soda bikabonat

Bahan B:
- Guna mixer utk pukul bahan2 di bawah sehingga berkrim. Rinn guna hand whisk jer..
3/4 cwn majerin
3 sudu makan serbuk koko
1 camca teh esen vanilla

Bahan C:
- Kacau semua bahan di bawah sehingga larut.
150ml air panas
2 sudu makan madu
1/2 cwn gula caster
1 camca teh serbuk nescafe segera

Cara-cara :
1. Masukkan tepung yg diayak dan bahan C ke dalam adunan mentega secara berselang seli.
2. Lakukan sehingga habis dan adunan sebati.
3. Bakar di dalam acuan yg telah dilapik dengan kertas selama 45 minit pada suhu 160 darj cel.