Tuesday, March 18, 2008

Ayam Bawang puteh




Resepi nie di kongsi bersama Wa @ cendawan _liar dari forum cari..ramai forumer dh mencuba dan feedback yg di beri pun ramai yg puas hati simple lg sedap..sue pun suka..dah banyak kali try..

Ok nie resepinya..



AYAM BAWANG PUTEH

Berapa ketul bahagian Isi Ayam.

Bahan A
1 sudu sos tiram
sedikit serbuk perasa
1 sudu tepung jagung

Bahan B
10 ulas bawang putih( ketuk)
2/3 sudu sos tiram
1/2 sudu gula
sedikit air
2 sudu butter

Cara-cara

- Ayam digaul dengan Bahan A } goreng kekuningan

1.Cairkan butter dalam kuali
2.Masukkan bawang putih yang ketuk} goreng hingga sedikit kekuningan
3.Masukkan sos tiram, gula } kacau
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
5.Kacau rata
6.Boleh tambah apa saja yang kita suka seperti cili benggala dll, bole masuk sedikit air kalau tk mahu pekat.

Friday, March 14, 2008

Kari Ikan Mamak Stail.




Jarang² makan ikan kat sini, sekali dah jumpa ikan besar Ikan Merah plak tu..rasanya sesuai buat kari jerlah..nak buat sup macam kureng skit jer..al maklum ler ikan sini hanyir skit..dah basuh dengan asam bagai..tp tetap bau kuat..so, bila buat kari nie boleh ler tahan sedikit.. Ok nie resepi Kari Ikan mamak my stail ler..






KARI KEPALA IKAN MAMAK STAIL.

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/nyuk-nyuk.
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air TINGGAL SESUDU BESAR belum dibancuh]
5 biji bendi/terung
4 biji cili hijau
1 cawan air
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit rempah kari belum dibancuh..gaul sekejap jer..nanti takut
hangus..kemudian masuk baki rempah kari yg dibancuh air plak,tumis agak2 sebati,kering
bercampur minyak gitu ,masukkan air( jangan banyak sngt tau .
3. Masukkan air asam jawa tadi...Masukkan 2 cili yang dibelah tengah.
4. Bila nampak nk mendidih masukkan ikan.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam serta baki cili. Biarkan naik minyak
lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa.

Thursday, March 13, 2008

D'za'tar Macaroni Goreng




Lama tak makan pasta goreng mcm nie..tak boleh selalu juga nanti muak (alasan heheh..walhal tekak melayu) yerlahkan bukan senang nk tukar or biasakan diri dengan masakan western food kan..tambahan plak letak spice pelik2 nie..oklah, sekarang dah ok skit..dan menjadi kesukaan anak juga..tryler..sedap..part mayonies tu sue suka sangat.







D’ZA'TAR MACARONI GORENG

Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni conchiglie or shell..arab tu tulis snail..geli plak snail2 nie.
12 ekor udang, dibersihkan +++++ tk letak
150 gram isi ayam
2 biji telur, +++ sengaja tk letak
sayur kubis cina
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
serbuk black paper
sos
mayonies

Bahan Tumis
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk za'tar Omputeh panggil apa ?..lupa ler plak (thyme kot)
Daun Bay

Cara-caranya
1. Panaskan secukup air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masakan. Bila air
telah mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat
dan toskan. Minyak masakan digunakan supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat
antara satu sama lain.
2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan tumis ,masa nie dah mula bau za'tar
yg harum tu...
3. Masukkan isi ayam biar sampai kering air, bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak
sehingga udang bertukar warna. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk
perasa dan black paper.
4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.
6. Sedia di hidang bersama sos dan mayonies

Tuesday, March 4, 2008

Peach Crumble Cheesecake



Balance peach masa buat pudding roti hari tu masih berbaki....nak buat pudding rasa jemu..so buat jer cheesecake...cuba research peach cheesecake yang rasa ada kelainan skit..so, terjumpa resepi dari website indon.nampak very simple..dan ada berapa kelainan dr cheesecake biasa...masa masuk fp kak nina,tengok dia combainkan peachcheesecake dengan crumble,menarik !..bila satukan crumble dengan cheesecake yga agak masam.






Peach Crumble Cheesecake

Untuk base
250 gm biskut marie..kalau guna digestive biscuits or lady fingers lg sedap.
100ml air jus peach dalam tin


Untuk Filling
250 gm cream cheese
100 gm gula castor
150 mi air jus peach dalam tin
300 ml whipping cream , pukul sehingga kembang dan masukkan ke dalam peti
100grm buah peach tin,blannder or..cincang kasar.
50gram peach untuk hiasan.

Siapkan loyang springfoam 8'
Celupkan roti merry ke dalam air jus peach,atur di dalam loyang.ketepikan
Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut.
Masukkan peach yang di blander tadi.Kacau rata.
Masukkan air peach 150ml tadi. Kacau rata.
Masukkan whippedcream,kacau rata lg.
Kemudaian masukkan kedalam loyang berisi biskut tadi.
Ratakan licin di permukaan adunan.
Masukkan ke dalam freezer,selama 1 jam..or sebaik semalaman.
Keluarkan hias dengan bauh peach di atasnya.
Makan time sejuk..

Lagi sedap di makan bersama crumble..crumble tu sy tukar tepung ,kepada susu tepung..ermmm sedap sesuai sngt klu budak2.

Untuk top crumble
70 gm butter
40 gm gula castor
250 gm tepung gandum

Combine semua bahan crumble hingga jadi crumb. Tabur atas kek.

*cheesecake ini senang cair, chiller tanpa ada geletin or agar2..sebijik mcm makan ais krim....so,mudah cair..sedap tk muak..mcm whippedcream,sy guna yg serbuk dalam 300grm..pastu pukul guna air suam sejuk..jng guna air paip biasa..sbb cheesenie tk masak ok..tp klu air kt rumah dh disuling no hal lerkan.*

Zucchini Tomato Mozzarella Pie



Nampak Zucchini segar...kononnya nak buat kek coklat zucchini, nampak macam menarik..akhirnya zucchini ku jadi bahan cicahan sambal belacan jerlah lebihan tu try buat pie..ermmm sedap sesangt nak macam shepherd pie pun ada...cubalah resepi dari website...





Zucchini Tomato Mozzarella Pie

4 eggs-----ada 3biji jer masa tu..
1/4 cup vegetable oil
salt and pepper to taste
1 teaspoon baking powder
1 cup all-purpose baking mix
1 1/2 cups sliced zucchini -------200 grm
1 1/2 cups sliced yellow squash ----- ltk jer mix vege or apa sayur yg ada kt dapur tu
1/4 cup chopped onion
1 large ripe tomato, sliced + mushroom
garlic salt, to taste
1/4 cup grated Parmesan cheese +++ ada mozarella jer..bantai jerlah
marinara sauce, optional

DIRECTIONS
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Lightly grease a 9 inch deep dish pie plate.
Whisk together eggs and oil in a bowl with salt and pepper. Stir in baking powder and
baking mix until moistened. Gently fold in zucchini, summer squash, and onion. Pour into
prepared pie plate, and arrange sliced tomato over top. Sprinkle with Parmesan cheese and
garlic salt to taste. Bake in preheated oven until puffed and golden brown, about 35 minutes.


Monday, March 3, 2008

Pudding@ Kek Kurma Bersos



Kurma yang ada nie nampak tk berapa elok dah,cuba buat pudding macam hasil combinasi 2 resepi,tp tk berapa nk elok menjadi..sebab salah time nak buat brain marie tu...konon nak ikut cara cheesecake..,bakar gina acuan muffin gitu..rupanya tak sesuai..nanti kalau buat lain,nak cuba kukus plak..sedap ,tp sedap kalau buat sos....tak salah mencuba...trylah.



Sticky Date Pudding

Ingredients For pudding
* 1 cup dates (or figs even) (stones removed unless you like a bit of bite)
* 1/2 chocolate bits
* 1/2 cup water
* 1/2 cup orange juice
* 1 teaspoons baking soda
* 1/2 teaspoon baking powder
* 1 cups plain flour
* 50g butter
* 1/2 cup sugar
* 2 eggs

Rendam kurma bersama orange jus..,bila sudah lebut..blander dengan 1/2 cawan air tadi..Ayak tepung bersama baking powder,dan soda..ketepikan..Pukul gula bersama butter sehingga lembut..masukkan telur,kemudia jus kurma..Akhir tepung...sy + vanilla.kacau sebati masukkan dalam acuan kek..Bakar secara baine marie.Dengan kaedah ini, kek/puding tidak jadi terlalu keras.
Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Ingredients For sauce ++++++++ tk buat pun, lupa nk makan vitamin R

* 50g butter
* 1/2 cup brown sugar
* 1/2 cup heavy cream/whipping cream
* 1/2 teaspoon vanilla

Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.